Saturday 19 November 2011

Rindu

salam pertemuan.....
sudah lama aku tidak memasuki rungan ini untuk menulis perkara-perkara yang terlintas di hati dan fikiran....sekarang sudah bermula musim sekolah akhir tahun...pejam celik2...cuti...cukup pantas masa berlalu dan semakin tua umur dunia kita...sedarlah wahai umat manusia...jika kita tidak menempuh dunia yang kiamat, maka dengan masa yang pantas berlalu akan menemukan kita dengan kiamat pada diri kita sendiri...beriman pada hari kiamat adalah satu perkara wajib bagi seorang muslim...jika tidak mempercayainya, maka akidah kita akan terjejas.....subhana Allah....

Ya Allah Ya Karim,Ya Rahman,Ya Rahim....
ampunilah dosaku....jauhkanlah dariku sifat2 yang mazmumah, jauhkan aku dari kekufuran kepada mu....berikanlah hidayah,petunjuk ke jalan yang benar....amin.....


Akhir tahun

apabila tiba masa atau perkataan ini,maka bagi seorang guru adalah amat memenatkan...bagi yang memegang jawatan di sekolah ,masa ini lah masa untuk mereka menyediakan laporan untuk setahun dan akan di simpan didalam fail dan akan di audit....ada juga perkara2 yang memerlukan seorang guru itu untuk mempersembahkan kepada umum dalam mesyuarat akhir tahun......aku terlibat sama dalam kesibukan ini...aku terpaksa menyediakan laporan untk ko-kurikulum...membuat delegasi tugas utk ko-ko bagi tahun 2012....yang memerlukan kesentrasi yang kuat dalam minda.....menyiapkan laporan markah ko-ko bagi pelajar ting. 5.....bagi guru lain, mereka ingat kerja yang aku sandang adalah yang paling mudah....sbb menda ini tidak jatuh atas kepala mereka....kalau jatuh pun...mereka tak buat kerja....bagi aku,kalau kerja aku,aku mesti buat,aku takkan menjadikan org lain sebagai kambing hitam seperti ramai2 yang lain.....

menanda kertas

inilah bab yang paling aku tidak suka....aku mendapat sebanyak 13 kelas skrip kertas peperiksaan akhir tahun...apabila tiba masanya,aku akan berasa untuk berhenti kerja sebagai guru kerana tidak tahan dengan presure menanda kertas....bagilah seberat mana pun tekanan padaku pasti aku akan dapat menanganinya,tetapi jangan bagi kepada ku kerja menanda kertas....

Alhamdullillah....aku telah berjaya menyiapkan markah ku walaupun dalam keadaan yang tidak stabil....kepala pening....sakit tengkuk....pinggang....sakit tangan....dalam masa seminggu aku berjaya menyiapkan kerta peksa ku....tanpa bantuan sesiapa.....adalah 4 kertas isteri aku tolong...itu pun nak nama dia masuk sekali.....tak kisah lah....

 Rezeki

Allah memberi rezeki kepada hambanya dengan pelbagai cara....kadang-kadang tanpa kita sedari....aku di duga dengan pelbagai dugaan dalam bab rezeki ini....aku mgkin belum lagi Allah beri rezeki berbentuk anak...aku redha dn pasrah dengan ketentuannya....kerana aku tahu allah menyanyangi hambanya.....suatu hari dia kan bagi jugak...dengan pelbagai bentuk....

aku mempunyai 3 perniagaan yang bole dikatakan teruk dari segi modalnya......bila ada modal, lambat pulok bayaran,sehingga sangkut beberapa perkara....pening kepala aku dan rakan kongsiku mencari duit mana yang hendk diputar untuk menjaga nama baik syarikat dan juga diri....kalaulah aku tidak ditipu oleh kawan makan kawan....aku rasa ada duit modal untuk aku berniaga......tapi tak pa lah....Allah maha berkuasa....aku doakan supaya kawan aku itu akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah untuk menjadi orang beriman dan beramal soleh dalam perniagaannya......dan menyelesaikan masalah hutang dengan semua orang yang terlibat....

Allah itu maha adil dan maha pemberi rezeki.........

dalam keadaan aku yang terumbang ambing ini...Allah telah memberi 2 lagi rezeki yang patut aku gembira untuk melakukannya tetapi dalam keadaan modal yang kurang......aku telah mendapat tender kantin sebuah pejabat kerajaan dan tender membaiki atap dan tandas banggunan....aku memerlukan modal paling kurang dalam Rm 8k....untuk mejalankan tender ini dengan sempurna....tetapi dengan modalyang ada akan aku pastikan semuanya berjalan dengan baik dan sempurna.......

Monday 10 October 2011

bajet

bajet 2012 telah di umumkan oleh PM kita, pelbagai reaksi oleh masyarakat umum yg kalau dilihat ramai yg lebih pandai dari org yang buat bajet tu. pelbagai komen yg keluar dari bibir masing2. masuk hari yg ke 4 masih lagi topik bajet terutama tentang kenaikan gaji yang telah di umumkan oleh PM. sebenarnya menda tu masih belum jelas bagi yg tak pandai mcm aku ni la. sbb masih tak paham apa sebenarnya yang telah di umumkan, yang pasti adalah adanya kenaikan gaji. berbagai kesimpulan yang keluar dari mulut kawan2. sebenarnya apa la yang di herankan,bila dah umum naik tu maka akan naik la gaji,caranya sahaj belum di kenal pasti. mula lah ada yang kata begitu begini. masing2 punya pandangan. aku hanya blh tersenyum memerhatikan gelagat manusia. aku hanya tunggu ajer apa yang terbaik. blh tambah loan blh buat rumah dan blh belanja besar.

harga barang

ini satu lagi masalah yang timbul rentetan kenaikan gaji pekerja awam. memang menyusahkan betul, kalau keluar duit hari ni sebanyak 200,esok dah blh abis dah. beli barangnya entah apa2. bayangkan beli makanan nasi goreng paprik berharga rm 8? maut betul. kenaikan harga barang mentah seperti ayam adalah amat mengejutkan. sampaikan terpaksa mengikat perut untuk makan ayam.kesian la kat rakyat sikit. kalau dah naik gaji barang mahal maknanya sama ajer la....kenaikan gaji tidak menggalakkan permintaan,tetapi hanya berjaya mengekalkan sahaja kuantiti permintaan. sedangkan tujuan kenaikan gaji adalah untuk meningkatkan permintaan dan penawaran terhadap barangan dalam negara. tak paham aku helah politik ekonomi ini.

Tuesday 13 September 2011

syawal

Rumah terbuka

sempena syawal ini aku sedikit rasa kelainan, isteriku sibuk hendak pergi beraya ke rumah kawan-kawan. apabila selesai sahaja cuti raya aku pun membuat misi dengan mengajak beberapa geng kembara malam. Kami menjelajah dari rumah ke rumah kawan-kawan. aku yang menjadi ketuanya. mengumpulkan orang, memberitahu tuan rumah yang kami akan pergi supaya bersedia dengan kunjungan kami. tak kisah lah apa menu yang dihidangkan asalkan boleh berjalan dan beraya. misi bermula dengan rumah kak liza. menu yang dihidangkan adalah mee goreng basah. sambutan menggalakkan. ramai yang menyertai. tujuan kami bkn untuk memberatkan tuan rumah tetapi hanya ingin berkumpul dan beramah mesra supaya ikatan kekeluargaan dalam islam berjalan dengan baik, dan ukhwah persaudaraan antara kami semakin bertambah. dari satu rumah ke satu rumah. alhamdullillah,sesuatu yang menjadi sejarah di mana mereka gembira dan merasa kelainan sedikit raya pada tahun ini.

Rumahku

Tiba giliran Rumahku, aku mengambil tarikh pada hari ahad. Bermula jam 3 ptg sehingga malam. menu yang dihidangkan mengikut kemampuan, iaitu laksa penang dan lemak, nasi impit kuah kacang, nasi goreng kampung paprik, roti jala dan kuih cucur badak. aku dan isteri memasak laksa dan nasi impit,yang lain semua tempah. nasi goreng kampung paprik dan kuah kacang aku tempah dengan member baik aku chetah, kuih jala dan cucur badak mak aku tempah dengan kawannya,kuah roti jala mak aku yang buat. aku menjemput separuh dari kawan-kawan ku di sekolah dan di luar. hampir ke semuanya datang. isteriku menjemput kawan sekolahnya, hamppir kesemuanya datang. pada sebelah malam pula aku menjemput saudara-mara dekat untuk hadir, semuanya datang. Alhamdulillah semua cukup dan habis. penat tak terkata. prang terakhir datang hanya aku hidangkan dengan air tongkat Ali ust badrul dengan kuih raya sahaja. nasib la badan. dah malam,nak order mana lagi. makan ajer la mana yang ada. semua jemputan hampir 160 orang hadir. Terima kasih kepada semua kerana membawa berkat ke rumahku.

Go out

sehari selepas aku membut rumah terbuka aku kena penyakit ghout. aku hampir merangkak kerana tidak blh berjalan. seksa betul ujian Allah bagi kat aku. sampai ke hari ini masih lagi sakit. penyakit ini dalam keturunan aku tiada yang kena,hanya aku dan adik kedua aku yang kena. mana keturunan pun tak tau. aku bercuti selama 2hari yan diberikan oleh doktor. semasa aku pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, pembantu doktor memberikan gelaran kepadaku, iaitu GDL( ghout datang lagi) rupanya memang ramai yang kena penyakit ini. terhencut2 berjalan. penyakit ini byk pantangnya. susah kalau nak makan di kedai. kerana pantangnya semua makanan yang sedap-sedap,seperti daging, saridin,ikan bilis, cendawan, semua organ dalaman, tulang,timun,semua jenis kacang tanah dan kacang soya dan beberapa lagi jenis makanan protein tinggi yang menyebabkan uric asid. letih aku memikirkan. tetapi secara tak rasmi aku mempunyai doktor peribadi sendiri iaitu adik aku. setiap kali nak makan aku akan msj dengannya tentang makanan yang aku makan,kalau dia kata boleh baru aku akan makan. sakitnya menyeksakan. disamping itu ramai kawan-kawan yang memberikan nama ubat yang perlu di cari kerana begitu prihatinnya mereka kepadaku. antara ubat yang disyorkan ialah,makjun unta yang payah nak dicari, minyak zaitun yang mana diamalkan oleh pak arab, ubat cina iaitu baji, ada yang menyuruh aku melakukan akupunture. semua yang memberi nasihat ini adalahpakar dalam penyakit ini. aku akan cuba satu persatu. terima kasih juga kepada semua rakan yang membantu.

MC

Aku diberi cuti oleh doktor selama 2 hari,kalau tak cukup datang lagi. aku rasa dah cukup la tu,bosan dah duk rumah,wlaupun masih sakit. selama aku bercuti ini banyak panggilan telefon akan terima. pelik aku. masa aku kerja tak da pun. bila cuti macam2 hal pulok. kawan telefon ckp ada tugas baru la, kawan telefon tanya barang-barang la.....MBSB telefon la.  itu la,ini la. letih jugak memikirkan. bila pergi kerja tak da pulok macam ni. baru 2 hari,kalau byk hari, tak tau la aku. mau giler aku. esok aku akan mulakan kerja semula walaupun masih sakit,tapi aku duduk ajer la. kelas jauh tak dapat la masuk.

Friday 2 September 2011

kelahiran

awal ramadhan,keluarga ku menerima berita gembira dengan kelahiran puteri sulung dari keluarga Hj. Saleh Hj Talib....kelahiran anak ke-3 adik lelaki aku yang ke-3.....semoga membri berkat dan rahmat ke dalam keluarga kami....mak aku paling gembira kerana bertambah perempuan dlm keluarga yang selama di monopoli oleh kaum lelaki.....ayahku juga gembira tetapi biasalah....orang cool.....dia rileks ajer.....hanya menunjukkan tanda syukur kepada Allah........bertambah cucunya......

bakal di lahirkan dari keturunan Hj Saleh Hj Talib seorang lagi.....katanya sebelum raya,ni  dah raya ke 5.....jadi ke tak beranak ni? sedang menunggu......rasanya lelaki lagi untuk anak ke-3 dari adik ku yang ke-2.......juga mengharapkan perempuan.....tetapi lelaki gayanya.......asalkan beroleh keselamatan dan kebahagian.......

hari ini lahir seorang putera dari keluarga mertuaku....Hj Rusli Md Aris......sulung lelaki.....anak ke-4 untuk iparku yang pertama......tahniah dan syukur kepadanya du ungkapkan...semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa mendoakan kesejahteraan utk atok,opah dan keluarga mereka.........

Aku? setakat ini hanya menumpang gembira di atas kelahiran tadi........semoga membawa berkat kepada aku dan isteri......aku sentiasa gembira dengan kehidupan aku miliki sekarang......walau pun belum dikurniakan cahaya mata......aku sentiasa redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi.......semoga Allah memberkati hidup aku dan isteri.....ditempatkan di tempat orang2 yang soleh dan sabar......amin.......


Wednesday 31 August 2011

syawal

29 ramadhan

Allhamdulillah....bersyukur kepada Allah kerana memanjangkan umurku sampai ke hari ini. akhir ramadhan....tidak pernah aku merasakan perasaan sebegini, yg mana aku berasa takut utk meninggalkannya....kerana masih belum berpuas hati dengan amalan dan perkara2 sunat yang telah aku lakukan dan amalkan pada ramadhan ini.

Ya allah Ya tuhanku....kau terimalah puasa ku pada tahun ini, kau ampunkan dosaku, kau terimalah taubatku, kau terimalah amalanku......semuanya aku lakukan kerana mu Ya Allah....tiada yang lain...hanya kau tuhan yang aku sembah dan hanya  engkaulah tuhan aku mohon pertolongan......amin......

Raya

aku dan isteri mengambil keputusan utk memasak sesuatu yang lain pada kali ini,bkn hendak berbangga tetapi hanya merasakkan kelainan untuk kepuasan diri sendiri sahaja......kami memutuskan untuk memasak rendang hijau burung puyuh dan rendang minang daging.....kami juga akan memasak ketupat nasi dan pulut.......hajat kami hanya satu...masak untuk diri sendiri dan keluarga,jika ada orang lain merasa itu menjadi rezeki mereka.....aku takut dengan pujian orang yang akan membuatkan terangkat diri sekejap tanpa disedari.....itulah sifat mazmumah yang sentiasa wujud dalam diri manusia....ditambah pula dengan bisikan syaitan yang memang telah berjanji untuk menyesatkan manusia selama mana masih berada di bumi........

bermula dari pagi lagi aku bersama isteri telah pergi ke kg jenderak untuk mengambil daun ketupat dengan orang kg tersebut. kami pergi ke rumah mak de, yang terkenal dengan kehebatan dalam mengayam ketupat kelapa atau pun palas....setelah itu kami balik dan bermula lah episod raya yang mana aku dan isteri bersilat di dapur untuk menyelesaikan misi yang telah di putuskan.....kami mengambil keputusan pada tahun ini untuk beraya di temerloh terlebih dahulu. pada ptg hari raya pertama kami akan pulang ke ipoh beraya disana.

bagi aku beraya di mana pun tidak mengapa,sebab Allah jadikan raya ini bkn untuk bersedih2 tetapi untuk bergembira kerana kemenangan kita berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan. tetapi jika dah dapat permit beraya di kg sendiri itu adalah peluang baik, cuma aku tidak dapat merasakan suasana balik kg. yang penting aku dapat berjumpa hampir separuh sanak saudar terdekatku...walaupun tidak semua....Alhamdullilah setelah hampir 4 tahun aku tidak berjumpa mereka dihari raya pertama...

pagi raya

aku bangun seawal pagi untuk bermunajat kepada Allah.....dalam satu hadis nabi, ada menyebut, Allah membuka pintu langit seluas-luasnya pada 5 keadaan,antaranya ialah pada mlm hari raya....aku tidak terlepas untuk merebut peluang ini agar segala doa2ku akan dikabulkan oleh Allah teritama doa taubat......

seusai aku subuh berjemaah di masjid,Alhadulillah,ramai juga jemaah yang hadir, aku dan isteri terus berkemas untuk kerumah ibu bapaku di temerloh jaya....kami kan bersarapan pagi di situ bersama2,yang penting lauk kegemaran ku ada di situ.....sebenarnya lauk kegemaranku bkn la sush untuk di buat,orang yang tak pandai masak pun blh buat,iaitu sardin......asalkan sardin,masak la ikut cara mana pun aku akan makan.....

kami solat sunat di surau lama temerloh jaya....ada lah dalam 3 saf.......di imamkan oleh anak muridku yang bekerja sebagai imam di cameron highland terpancar rasa kepuasan mendidik kerana berjaya menghasilkan seorang imam dan khutbahnya di baca oleh ustaz azmi seorang guru.....setelah selesai khutbah kami pulang kerumah mengikut jalan lain sebagai mengambil sunnah Nabi S.A.W......setelah itu kami hendak pergi ke kg halaman ku di kg paya luas temerloh.....kami pergi bersama adik ku dan 2 orang anak saudara......aku hanya sempat pergi ke 3 buah rumah sahaja kerana di situ sudah ramai saudar yang dapat kami jumpa, selebihnya kami berjumpa semula di rumah orang tua ku....kerana mereka berombongan ke situ kerana hendak mkn nasi minyak masakn ayahku.....

selepas selesai semua kami pun pulang ke rumah untuk berehat seketika sebelum pulang ke ipoh,dlm perjalanan,aku menerima panggilan dari sahabat lama yang hendak berjumpa,badan penat dah nak rehat,tapi mengenangkan sahabat,maka aku pun menerima dengan hati yang terbuka dan ikhlas,semoga kedatangan bersama berkat......

setelah sahabat ku pulang aku pun berehat seketika,tepat jam 6.30 ptg aku berangkat ke ipoh dalam keadaan yang aman dan tenteram kerana tiada kesesakan lalulintas berlaku....Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan ku......sampai di ipoh pada pukul 10.30 mlm....semua oran dah tidur kepenatan....kami pun terus ajer mkn ala kadar dan masuk tidur.......

Monday 22 August 2011

akhir ramadhan

23 ramadhan

10 ramadhan terakhir adalah waktu2 yg menguji keimanan dan ketakwaan manusia kepada Allah......setelah berpuasa selama 20 hari, badan dan minda kita akan berada di alam kepenatan,setelah berpuasa pada siang hari, beribadat pada malam hari, menyebabkan 10 ramadhan terakhir ini akan menjadi medan terakhir menunjukkan paras keimanan dan kekuatan kita kepada Allah....ramai yg lebih suka mengambil peluang utk berehat kerana nak mengumpul tenaga menghadapi syawal.....ada yg beribadat separuh ajer.....dan ada yg masih kekal dengan keadaan yg seperti biasa......alhamdullillah kepada mereka yg berjaya meneruskan perjuangan malam....berdialog dan berbual dengan Allah.....masing2 punya rasa dan masing2 cara.....

Alhamdullilah....aku dan isteri masih lagi berjaya meneruskan liga ramdhan pada tahun ini....semoga Allah akan sentiasa memberikan kekuatan fizikal dan minda kepada kami berdua dalam menjalankan ibadah dengan sempurna......

semakin hari aku merasakan keadaan yg amat biasa dengan malam....sebelum ini aku akan berasa mengantuk, aku akan berasa badan nak demam la....itu la....sekarang ni,Alhamdullillah aku semakin hari semakin bersemangat,semakin cerdas dan bersemangat....aura malam telah meresapi dalam semangat dan jiwa ku....aku bersyukur kepada Allah......

Ya Allah ya Tuhanku....kuatkan semangat ku....kuat kan azam ku utk meneruskan ibadah malam ku.....berilah kekuatan fizikal dan mental kepada ku.....campakkan perasaan sentiasa rindu kepada mu ya Allah.....sentiasa ingin bertemu dengan mu pada setiap mlm...... Ya Allah ya Tuhanku...Ampunkan lah segala dosa2 ku dalam mencari keredhaan mu......

lailatul qadar

Ya Allah Ya Tuhanku......temukan lah aku dan isteriku dengan mlm lailatul qadar....berikankanlah kami kekuatan fizikal dan mental dlm menghadapi mlm lailatulqadar.....berikanlah kami rahmat mu ya Allah....

kami berusaha mencari malam ini.....dalam keadaan mlm yg penuh kepenatan......puasa yang berbaki lagi 7 hari....adakah malam ini telah berlalu atau belum lagi berlalu.....aku tidak tahu mcm mana rasanya mendapat mlm yg lebih baik dari 1000 bulan ini.......tak sabar utk merasanya,cuma adakah kami akan terpilih utk mendapatkan mlm 1000 bln ini? hanya Allah yg maha mengetahui....kami hanya cuba berusaha utk mendapatkanya.........




Monday 8 August 2011

ramadhan al-karimm

Hari aku menulis ini jatuh 8 ramadhan....Alhamdullillah....sampai jugak aku ke bulan ramadhan.....ramadhan yg seterusnya tidak kita ketahui kerana ia adlah tergolong dlm mafathihul ghaib....hanya Allah yg mengetahuinya.....

Ya allah Ya Tuhanku.....Ya Rahman Ya Rahhim.....aku bersyukur pada mu kerana di beri kesempatan kepada ku untuk menghirup nafas di ramadhan karimm yang ke-8 ini semoga engkau panjangkan umurku utk kesekian ramadhan dan ke tahun ramadhan yg lain.....amin.....

sebenarnya setelah 35 tahun umurku baru tahun ini aku merasa betapa nikmatnya puasa.....sebelum ini aku hanya berpuasa dan melakukan semua ibadah dlm bln puasa tetapi aku tidak merasa nikmat.....tapi berbeza pada kali ini....mgkn kah ini dikatakan hidayah? atau petunjuk dari Allah? Atau mabrurnya umrahku?
yang aku pasti ialah, aku dan isteriku cuba berpuasa sambil mengerjakan umrah di mekah dalam keadaan cuaca yang amat panas.....melakukan ibadah tawaf dan sa ie.....berbuka hanya meneguk air zam zam dan memakan beberapa biji kurma tiada selain dari itu.......mgkn kerana itu aku diberikan nikmat berpuasa....bermula dari aku balik dari umrah sampai ke bulan ramadhan ini aku sentiasa merasa nikmat puasa yang tak henti2........Allhamdulillah.......

satu lagi nikmat yang aku dapat ialah.....dashatnya malam......

sebelum ini aku kerap kali jugak bgn malm utk bersolat tahajud....tetapi tidak kerap....mgkn 3 atau 4 bln sekali.....kecuali bln ramadhan.....aku tidak pernah merasa apa2....sekadar melakukannya sebagai tuntutan seorang islam yang cuba mematuhi perintah khaliqnya......apa yg aku dapat ialah aku sentiasa mengantuk dan lepas ni tak buat lagi dah....kalau nak buat pun tunggu hari cuti la.....

selama hampir 10 hari aku bertahajud, bertaubat dan bertasbih di madinah dan mekah.....aku telah berjaya melakukannya di tanah air ku tanpa henti......setiap malam akau dapat melakukannya dengan penuh rasa kecintaan kepada Allah.....apabila malam menjelma aku tak sabar menanti subuh.....untuk bgn seawal 4.15 pg untuk bertahajud,bertaubat,berhajat dan bertasbih kalau sempat, berwitir dan terus subuh di masjid.....Alhamdullillah......aku tidak pernah merasa mengantuk...malah tak sabar nak menunggu subuh esoknya pulok......aku merasa ketenangan, kelembutan malam....aku dapat berkata-kata dengan Allah tanpa gangguan dari sesiapa....cuma kalau terlewat skit akan berselang dengan tahrim dari masjid,sedikit terganggu emosi ku.....tetapi tidak mengapa...kerana aku merasakan apa yg perlu aku katakan pada rabbul jalil telah sampai......aku tidak mengharapkan apa2...cuma keberkatan hidup.....bahagia di dunia dan akhirat......di murahkan rezeki supaya aku dapat bersedekah sebanyak mgkn kepada org yang memerlukan.......

niatku......

walaupun aku ni blh dikatakan level brutal la jugak.....ganaz tahap ke 4.....tapi dlm hatiku ada satu niat atau pun hasrat......aku hendak bersedekah sebanyak mgkn....aku hndak menolong org yang sush...org fakir,org miskin,anak yatim.......dah lama aku inginkan....cuma aku masih belum di beri kelapangan dari segi kewangan, dri segi masa....dan sebagainya.....hati aku mudah tersentuh apabila melihat anak2 mintk sedekah.....bdk2 kecik yg kononnya bdk tahfiz meminta sedekah.....aku akan bagi jugak walau berapa yg ada....biarla dia nak tipu ke apa ke.....yg penting niat aku......

Ya Allah Ya Razzaq.....jika aku di beri kekayaan dunia....jgnlah engkau alpakan aku dengan kekayaan tersebut.......jadikanlah aku org yg pling fakir diantara yang fakir dalam memberi sedekah......jadikanlah niatku ini sebagai perisaiku dari api neraka mu Ya Allah....aku tidak mempunyai harta yang banyak....duit yg banyak....tapi aku tetap bersyukur kepada mu Ya Allah kerana engkau sentiasa mem berikan aku kemurahan hatiku utk memberi kepada org walau pun aku sendiri tiada apa2.......semoga engkau tebalkanlah imanku.....amin ya rabb.....

malaikat ramdhan

hari ini sewaktu aku keluar dari petronas setelah memindhkan wang isteriku kepada bapa mertuaku....aku di usik oleh seorang tua yg tidak aku kenali......dia meminta RM 3 dengan aku...katanya dompetnya jatuh tak tau di mana...dia ingin mengisi minyak motor. katanya hendak balik ke kuala lumpur.....aku melihat motornya....sebijik kapcai dengan beg sederhana besar di belakangnya....aku pun tanpa berbicara panjang terus mengeluarkan not merah RM10....dia pulangkan balik.....dia hanya hendak RM3 sahaja.....aku katakan aku tiada duit kecil....ambik lah pakcik semoga pak cik selamat sampai.......dia seperti hendak mengalir air mata.....di bulan ramdhan ini mgkn dia diberi ujian oleh Allah....aku hanya membantu......setelah itu ada org lain yang dtg kepadanya dan menghulurkan RM 3...dia terus menolak....katanya dia dah cukup......mgkn dia dah berjumpa dengan org tu sebelum ketemui aku......mgkn org itu was-was....maklumlah duit...walau pun RM3 sahaja....tapi bila melihat aku memberi RM10 tanpa berbicar panjang......dia pun hendak memberi....
mgkn dia lupa ini bln ramadhan........jgn bakhilkan diri dengan org yg meminta......

Ya Allah....selamatkan lah pak cik tadi....sampaikan lah destinasinya.....mgkn ada isteri yang menunggu...anak yg kelaparan menunggu......selamatkan lah perjalanannya.......amin ya rabb.....

Bonus Ramdhan

Alhamdulillah....hari ini di berikan berita sedikit gembira buat penawar walau pun ada sedikit ralat keadilan......penjawat awam diberikan bonus raya setengah bulan gaji........bagi yg bergaji besar byk la dapat....bg yg gaji kecik sikit la dpt.....yg kaya makin kaya....yg miskin sedikit ajer terubat.....blh la membeli pakaian raya anak berharga rm 15 seorang.......yg kaya blh membeli baju anak berharga rm 30- 40 seorang.......jurang perbezaan yg tidak di ambil kira....mgkn kerajaan telah memikirkan cara yang terbaik....berbaik sangka la......di bulan ramadhan ni......walau pun tertindas...semoga sentiasa mendapat pahala puasa yg penuh......

Ya allah Ya tuhan ku....berkatilah rezeki yg ku perolehi......halalkan la duit yang aku dapat ini.....jadikanlah duit ini sebahagian utk aku sedekahkan kepada fakir miskin....amin ya rabbb




Monday 25 July 2011

IHYA' RASULULLAH S.A.W

MENCINTAI RASULULLAH SEBAHAGIAN DARI IMAN


daripada anas berkata ; bersabda nabi s.a.w: tidak beriman seseorang dari kamu sehingga menjadikan aku lebih dicintai daripada ayah dan ibu, anak2 dan manusia seluruhnya......

direkodkan oleh Bukhari

tidak benarlah seseorang itu pada keimanannya sehingga ia menjadikan nabi s.a.w lebih di cintai daripada orang yg paling mulia di sisi manusia. oleh itu iman yg sebenarnya yg menjadikan dirinya mantap akidah dan mencapai setinggi darjat di sisi Allah,berhak mendapat keredhaannya iaitu mereka yang mendorong untuk mengetahui hak2 nabi s.a.w. yang paling wajib dan kuat keatasnya daripada kemuliaan manusia keatasnya dan kasih syg ayah,ibu dan anak2nya.

Sunday 24 July 2011

buku kerja

25 julai 2011 ( isnin)

subuh......
selesai bersolat subuh berjemaah, aku di sapa oleh seorang ustaz/imam.....dia mengheret ku kepada topik perbualan berkaitan dengan hal anaknya..... anaknya meminta duit untuk membayar buku kerja di sekolah....pelbagai reaksi dari imam ini dengan loghatnya......itu la ini la.....aku terpaksa mendengar dan dalam hati,kena uruskan la jugak.......

gaji......
hari ni orang kerajaan dapat gaji....aku turut meraikan hari gaji ini....lepas ajer kelas terus aku ke bank....ambik duit,nak bayar itu ini itu dan ini......abis duit.....setakat bln ini masih belum dapat simpan duit...........dah 2 bln tak simpan duit ni.....Ya Allah....permudahkanlah segala urusan ku.......

court maut.....
hari ni aku telah sah berbelanja sebanyak RM4030.00 untuk membeli peralatan rumah.....set meja makan 8 kerusi.....set bilik tidur.....percuma tilam RM 399.....dapat percuma tv 24" hisense.........parah aku....tambah pulok hutang aku lagi RM 173 sebulan......nampaknya aku kena byk lagi usaha untuk menambahkan pendapatan aku ni......cuma masih dlm pemikiran lagi kerana buat masa ini aku nak tumpukan pada ibadah aku sahaja......Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah urusan ku......

semalam.......

23 julai 2011 adalah hari jadi isteriku yang tercinta......jatuhnya pada hari sabtu.....aku cuba untuk membuat kejutan tapi tak jadi sbb duit aku tak blh keluar....hari jumaat aku pergi bank dan baru blh keluar....itu pun sebelah petang.....aku memang hendak membeli telefon bimbit baru kepadanya dalam nilaian RM 400.....jadi aku pun terus keluar sejumlah itu.....ahad.....aku pergi bersiar2 dengan isteriku, mkn tghari di luar, aku sengaja membawanya untuk bersiar2.....menyenangkan hati birthday women.......walau pun dia tak tau....aku ikutkan kehendaknya.....selepas makan aku membawanya ke kedai telefon.....dari satu kedai ke satu kedai aku jarah.....semuanya tidak membangkit selera kerana di temerloh ni semuanya mahal......mintak kurang sikit  pun susah.....sehingga la aku samapai di satu kedai bersebelahan public bank......di situ mcm ada aura nak kena beli dah telefon ni....dia membelek dari satu ke satu telefon sehinggalah samapai kepada sony ericson j20i dan satu model yang sama tapi touch screen.....dalam membelek2 tu nampak gaya mcm dah minat dah.....akhirnya jadilah.....dapat lah sebijik telefon yang dah lari baget aku.....memanar aku mencucuk duit.....sekali lagi bank aku menghadapi problem yg sama....nasib baik blh keluar RM150....cukup la untuk membayar harga telefon sebanyak RM 550.00 sahaja.......aku pasrah lagi untuk isteri tersayang......Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan lah urusn ku.....tambahkan lah rezekiku...berkatilah rezeki.....amin......

siti noraini......
aku memanggil anak kepada imam masjid di tempat tinggalku......apabila dia sampai aku bertanya: cikgu mana yang suruh bayar duit buku? sy nak tanya dia berapa kena bayar? , lalu dia menjawab: cikgu siti noraini.......semua guru gelak......' mana ada cikgu nama cikgu noraini dalam sekolah ni....kalau ada pun yang lama....dah pindah pun...siap jadi pengetua lagi.....setelah disiasat dan di uji....barulah diketahui, pelajar ini tak tau nama guru....hampir semua guru tidak diketahui namanya....masyaallah.....mcm mana nak berkat....nama guru yang mengajar pun tak tau.....aku memberi masa 10minit untuk dia mencari jumlah buku yang belum di bayar........sajer untuk bagi dia tugasan ajer.....tapi lewat jugak....dlm muka tak bersalah diamasuk dan memberikan senarai buku, nama guru dan jumlahnya.......ini lah pelajar sekarang, bermain byk....sampai tak ambil peduli urusan diri sendiri....klau zaman dulu, pada waktu begitu dah kira meningkat remaja.....dan sudah pandai mencari rezeki........

Sunday 17 July 2011

puasa

18/7/2011 (ISNIN)

salam kepada semua pembaca misteri......hari ni bersamaan dengan 16 syaaban.....lagi 14 hari datangnya Ramadhan....betapa gembiranya hatiku.....hari ni aku berpuasa sunat...seorang diri....tanpa di temani isteri....ini semua adalah perkara luar biasa yang terjadi padaku selain bln Ramadhan....Alhamdullah.....

kelas tak banyak....blh berehat sikit.....pagi tadi awal bgnnya....sempat tunduk tahajud kepada Ilahi....memohon doa keampunan,hidayah dan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat......

hari ni aku akan berbuka dengan apa sahaja ada....mak cik kantin membungkus kan makanan kegemaran ku....pulut dengan sardin....free ajer katanya....rezeki orang berpuasa......

kuasa atau nikmat berpuasa.....baru 35 tahun aku merasainya......selama ini aku berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga.....kalau ada pun sedikit amalan tahajud, itu pun sbb nak bgn sahur....tadarus Al-Quran,kadang2 abis,kadang2 abis...

hari ini aku merasakan betapa nikmatnya berpuasa....semua kerja aku blh lakukan....tanpa ada rungutan.....kalau dahulu setiap kali bln puasa aku membayangkan keletihan yang melampau....setiap kali berpuasa,semua kerja terbatas...kerana takut letih.....aku akan menjadi lembik.....dengan kata lain,iman yang terlalu nipis.....

kepada orang2 yang berbuat baik padaku pada hari ini diharap akan mendapat keberkatan yang sama dengan ku....dan orang yang mengata aku atau berbuat jahat padaku semoga mendapat petunjuk dan hidayah......amin......

Wednesday 13 July 2011

ujian Allah

kepada seluruh alam....aku ingin menyatakan sedikit rasa di hati.....tapi aku pasrah.......pada 5/7/2011 aku telah mendapat jawapan tentang permohonan pinjaman perumahanku....apa yang menyentakhatiku adalah pinjaman tersebut hanya diluluskan sebanyak 85% sahaja dari harga rumah yang akan aku beli.....

rumah ku beli berharga RM 218,600 . pinjaman aku hanya lulus sebanyak RM 186,600 sahaja.....pinjaman yang aku buat ini adalah pinjaman kerajaan....aku tidak paham tentang kemudahan pinjaman perumahan pertama yang di wartakan oleh kerajaan baru2 ini...nampak mavam memberikan perhargaan kepada rakyat yang tidak mempunyai rumah tapi aku tak dapat nak merasakan kegembiraan perdana menteri malaysia yang mengumumkan tentang pinjaman perumahan yang membantu golongan seperti ku.....

sampai bila baru aku boleh memiliki rumahku sendiri? selain dari rumah hakiki yang telah tersedia di mana2....sistem pinjaman perumahan perlu di kaji semula dengan mempunyai pautan dengan semua bahagian pentadbiran perkhidmatan yang mana mengendalikan perkhidmatan seseorang.....

setiap penjawat awam akan naik gaji pada setiap tahun. penjawat awam juga akan ada kenaikan pangkat selama 10 tahun berkhidmat. apabila perkara ini berlaku adalah bermakna gaji setiap penjawat awam akan sentiasa naik....sepatutnya bahagian perumahan kena ada pautan dengan mereka....

akan tetapi aku akan cuba berusaha lagi untuk mendapatkan pinjaman lebih.....mungkin aku di duga oleh Allah....aku pasrah dengan ketentuan Allah....tetapi aku perlu memiliki rumah untuk aku sediakan kepada isteriku....bakal anak2 ku...menempatkan orang2 tuaku nanti....

Ya Allah Ya tuhanku.....berilah aku peluang untuk memiliki rumah dunia yang menjadi tempat untuk aku dan isteri beribadat.....menjalani kehidupan beribadah......tempat berteduh sementara......Ya Allah...ampunkanlah aku atas segala dosa2ku.....Dosa isteriku.....untuk memudahkan nikmat mu dan rahmatmu sampai kepada kami......amin......

Sunday 10 July 2011

Mencintai Rasullullah S.A.W separuh daripada iman

Daripada Anas berkata: "bersabda Nabi S.A.W": Tidak beriman seseorang itu sehingga dia menjadikan aku lebih di cintai dari kedua ibu-bapanya, anak2nya dan sekalian manusia.

dikeluarkan oleh bukhari

Syarah Hadis


Tidak benarlah seseorang itu pada keimanannya dan tidak menjadi seorang mukmin yg sebenarnya kecuali apabila menjadikan Rasullullah S.A.W lebih di cintai daripada  org yg paling mulia dikalangan manusia disisinya. Dan iman yang sebenarnya yang menjadikan padanya manusia itu  mantap akidah untuk mencapai setinggi2 darjat di sisi Allah Ta'ala dan berhak mendapat keredhaannya ialah mereka yang mendorong untuk mengetahui hak Nabi S.A.W yang paling wajib dan paling kuat keatasnya dari orang yang paling mulia di kalangan manusia keatasnya dan kasih keatasnya seumpama ayahnya, ibunya dan anak2nya.
yang dimaksudkan dengan kasih sayang dalam bentuk keimanan mengikut orang yang dikasihi dan mengikut perintahnya dan menjauhi larangannya, dan tidak dimaksudkan dengannya kasih sayang biasa. dan antara kecintaan seseorang terhadap Nabi S.A.W ialah membantu sunnah yang suci dan mempertahankan syariat yang mulia dan berakhlak dengan akhlak Rasullullah yang mulia.


Pengajaran hadis

1. hadis ini menjelaskan kedudukan Rasullullah S.A.W dan kelebihannya atas semua individu ummah

2. wajib mendahulukan ketaatan ke atas Nabi S.A.W dan berpegang teguh dengan pengajaranya

Wednesday 6 July 2011

musafir

salam kepada seluruh alam.....

aku kembali setelah hampir sebulan aku tidak datang ke laman ini........dlm tempoh ini,pelbagai peristiwa dan kejadian yg telah berlaku dalam hidup ku....sehingga mengubah sedikit pendirian dan tabiat ku serta mengubah cara hidup ku......Alhamdulillah....syukur kepada tuhan yg menciptakan aku......

perkara yg penting utk aku corekkan disini ialah,aku dan isteriku telah menjadi tetamu istimewa di rumah Allah.....alhamdulillah....subhanallah.....

aku akan corekkan beberapa cerita yg aku rasakan ia nya takkan dapat di negara kita.....utk kita kongsi bersama sebagai pengajaran hidup,dan juga iktibar sebagai bekal kita utk meniti hidup yg sementara ini.....


Alhamdulillah.....pada 30 hb jun 2011 aku dan isteri ku akan bermusafir ke rumah Allah......
subhanallah,maha suci Allah......betapa gembiranya hatiku dan yg paling penting aku dapat mengembirakan hati isteriku......


sebelum aku pergi aku sentiasa melakukan sembahyg sunat taubat...setiap kali sembhyg fardhu akan aku sulami dengan sunat taubat......aku mohon ampun kepada Allah yang maha agung atas segala dosa2 ku.....dosa dengannya.....dengan manusia.......semoga aku di ampunkan.......selain itu aku juga menuanikan solat hajat....supaya perjalananku.....ibadatku.....dan semua berkaitan dengan aku serta isteriku berjalan dengan lancar........

pakej

sebelum ini aku sentiasa disenakkan dengan telinga tentang pakej umrah mana nak pergi ni.....syarikat mana? halal ke haram? blh percaya ke? Ya Allah Ya tuhanku...kau ampunkanlah semua kaum muslimin dan muslimat......setelah aku berjaya pergi, beribadat dan balik dengan sempurna, tenang, tanpa ada gangguan yang besar......aku dapat membuat solusi dengan keyakina penuh kepada Allah.......

solusi

untuk menjadi tetamu Allah tidak perlu memilih mana2 pakej ataupun syarikat mana......yang paling penting ialah niat kita....arab ckp 'nawaitu'.....kalau kita dah memilih satu syarikat yg kita kenali atau pun yang mashur....terus sahaja kita berserah kepada Allah....jgn ada niat lain dlm hati kita......sbb apabila kita berniat hendak kesana....insyaallah setiap niat yang hadir dlm hati kita kan termakbul......belum pijak tanah haram dah termakbul doa kita......

keduanya ialah.....kita sebagai hamba yg hina dina ini jgn lupa utk meminta ampun kepada Allah.......kuatkan sunat taubat.....sunat hajat......mohon kepada ilahi dengan sepenuh hati.....yakin penuh.....sabar.........ilmu yakin ini bkn semua org blh dpat...ia adalah ilham dari Allah.......apabila kereta sudah dilakukan major servis maka secara totalnya kita kan berasa yakin untuk memecut dengan kelajuan yang maksima.....sama juga dengan ini....jika kita dah servis hati.....servis niat....jiwa....akal......insyaallah....keyakinan itu akan terbit  tanpa paksaan.......doa org yg hendak ketanah haram adalah makbul.....insyaallah....hanya dia yang menentukan.....amin....

syarikat

aku pergi dengan sebuah syarikat yang di beri nama Haramain travel& agncy......yg mana kepunyaan seorang haji bernama sharif bin thasin, berketurunan kampar.....tinggal di depan sekolah tempat aku mengajar......dia kenalan ayahku.....seorang yang kuat beribadat.....tokey lembu dan daging di pasar.....kecil....kuat semangat dan berani.......aku memilihnya tanpa ada rasa was was.....

bayangkanlah....sebuah syarikat kecil yg aku rasa tiada pendaftaran dengan kementerian pelancongan.....menumpang dengan sebuah syarikat besar bergelar GHard group.......berpengkalan di kuala lumpur.......aku bermusafir seramai 13 org termasuk mutawif 2 org...seorang lelaki dan seorang perempuan......perjalanan kami lancar tanpa gangguan.....dan halangan yg berat.....aku tidak henti berdoa supaya kami semua mudah dan di permudahkan.......


sri langka



perjalananku transit sebanyak 2 kali......dan paling lama adalah di sri langka.....kami diberikan hotel bertaraf 3 bintang......bernama euro star hotel....boleh la buat tempat berteduh....merehatkan badan dan mandi.......semasa di sana kami di bawa melawat ke sri langka.....yang mana ibu negerinya bernama kelambu city...perjalanannya selama hampir 2 jam.....ingatkan dekat,rupanya jauh yang amat.....dah la penat,bertambah penat......cuma dptla tgk negara org......

apa yg menjadi perhatian ku adalah cara org sini membawa kereta.....masyaallah.....tak da sistem langsung.......penggunaan lampu  signal mcm tak berfungsi......bising dengan bunyi hon kereta,bas dan lori sana sini....bingit......sepanjang perjalanan sentiasa mengecutkan perut......suasana hampir2 excident adalah mainan bagi mereka.....Ya Allah....selamatkanlah perjalanan kami....kami belum lagi memijak tanah haram.....


kami di bawa ke tempat menjual teh....sri langka adalah pengeluar teh.....ceylon teh....


Di sini masih menggunakan khidmat polis berkuda.....sesuatau yang lain dari negara ku.....


Kami di bawa melawat ke beberapa tempat yang menjadi kebanggaan kepada mereka....antara tempat yang kami pergi seperti......mall mereka....pantai gold face.....memorial kemerdekaan mereka....disini semua agama bercampur atas tiket bangsa......agama berbeza tidak mengapa.......


      
Perjalanan yg menambahkan kepenatan yg amat sgt.....teras seluruh sendi ku sengal........sampai semula ke hotel pada jam 8.30 mlm waktu sri langka.....kami  terus ke dewan mkn utk menikmati mkn malam yang kami pun confius sebenarnya samada ianya halal......kerana semuanya bkn islam....Cuma yg menguruskan kami disini adalah org islam yg bernama en jefri.....mengikut katanya, disini makanan halal.....aku hanya mkn nasi dengan sayur shj......bkn apa tak blh nak masuk ke dalam mulutku.....
Ya Allah Ya Tuhanku......selamatkan lah keimanan kami.....selamatkan lah iktikad kami....halalkan lah apa yg kami makan......

Sarjah
Perjalanan seterusnya adalah ke lapangan terbang sarjah....ini lah kali pertama aku mendengar tentang nama tempat sarjah....terpinga-pinga aku...apabila sampai ke sana baru lah aku tau dimana duduknya...lemah sungguh geografi aku ni.....


Di sini kami transit selama hampir 5 jam....jadi kami hanya berlegar di tempat menunggu sahaja...aku cuba mengeluarkan duit di bank sarjah ni....terus penukaran matawang.....aku cuba mengeluarkan duit sebanyak 100 dirham.....disebabkan buta currency maka aku biarkan ianya terjadi.....aku tidak tau pun berapa tukarannya.....aku ke kedai minum berhampiran dengan isteri dan beberapa org ahli rombongan.....membeli air dan roti utk santapan perut....sambil itu aku membelanjakan duit sebanyak 100 dirham......tanpa ku sedari berapa nilaiannya dlm ringgit malaysia.....
Selepas ini kami akan berangkat terus ke madinah....tak sabar rasanya utk merasa perasaan bila memijak bumi madinah al-munawarah......









Tuesday 19 April 2011

dukacita

buat tatapan yg melihat.....
sudah lama aku tidak memasuki ruangan ini....masa dan keadaan menentukan.....

isnin....18 april 2011

6.45 pagi....aku baru tersedar dari lena yang panjang....apa ujian Allah nak bagi utk ku lambat bagn subuh....aku bergegas bgn utk menyelesaikan fardhu subuh yg wajib utk ku dan semua umat islam....

aku selesai bersiap pada pukul 7.00 pagi....segera aku menghidupkan enjin kereta kembara ku dan terus memecut.....sepanjang perjalanan aku terus berzikir dan berwirid pada Allah...tadi tak sempat.....

7.05 pagi.....aku sudah sampai di kg desa murni....apabila hampir dengan sek men. teknik sanggang temerloh....aku dikejutkan dengan deretan kereta yg byk...aku menjadi kelam kabut kerana baru aku sedari aku tidak membawa dompet.....

apabila aku amati dengan jelas...rupanya ada kemalangan...aku pun lalu ditu....apabila melaluinya...aku dapati baju yg dipakai oleh mangsa tersebut aku kenali....hatiku berdebar2....aku pun terus memberhentikan kereta...dan berlari mendapatkannya...aku lihat beberpa rakan kerjaku berada disitu dan beberapa pelajar sekolah ku yg menaiki motor jugak di situ....baru la ku tahu bahawa anak murid ku terlibat dlm kemalangan.....

aku menghampiri mangsa dan mendapati beliau telah putus nafas di situ...hati ku berkecamuk dan sedih dan terkejut....aku melihat adiknya sedang di angkat oleh anggota penyelamat JPA 3....terima kasih dan tahniah kepada JPA 3 kerana cepat dan bertanggungjawab......abangnya telah menemui ajalnya ditempat kejadian....rakan ku telah menghubungi semua guru dan cuba menghubungi ibu bapa pelajar tersebut yg sedang dlm perjalanan ke tempat kerja masing2....

di sekolah semua pelajar membuat bacaan tahlil dan solat hajat kepada rakan mereka.....
aku terlupa pasal pemandu kereta yg dilanggar....dia seorang metron hospital....dia dlm keadaan ketakutan yang amat sangat....bersa serba salah....dan berbagai perasaan.....dlm hati aku mula kesian kepada semua....keluarga arwah....hilang seorang anak baik dan pandai....pemandu kereta berada dlm keadaan jiwa yg kacau tak tau sampai bila....hidupnya mgkn tak tenteram.......

19 april 2011

pagi ni...semua guru dan pelajar membuat solat hajat dan bacaan tahlil utk keluarga arwah mohamad faiz bin jamaluddin dan adiknya mohamad zakibin jamaluddin....mengikut cerita kawan2 yg pergi melawat....keadaan mohamad zaki bin jamaluddin dalam kedaan stabil...alhamdulillah....semoga Allah memberi rahmat keatasnya dan keluarganya.....

aku pergi ke SBPI...menghantar pelajar ku yg mewakili daerah dlm MTQ 2011........mewakili hafazan daerah temerloh utk latihan berkelompok disitu...semoga dia mendapat johan dlm pertandingan nanti.....

balik ke sekolah semua guru sedang sibuk menyiapkan data HRMIS....mcm2 ragam....hang la....tak boleh bukak la.....mcm2 karenah....maklum la...ramai.....

Sunday 3 April 2011

Rajuk sang taruna

3 April 2011,12.30 pagi...

Janji seorang taruna utk menulis setiap hari tidak kesampaian....dia semakin malas utk menyambung cerita kehidupannya....waktu sgt mencemburuinya...
Taruna senang sibuk mencari potensi dirinya skrg...apa bidang yg sesuai dengan dirinya dlm umur yg sudah sampai setengah abad ini...masih mencari...setiap apa yg dilakukan tidak menjadi dan tak kena...
Sudah byk waktu telah dibazirkan dlm hidupnya...umur bkn semakin muda,tetapi semakin meningkat...
Mngkn cukup la dengan apa yg telah dilakukan selama ini...kembali kepada kehidupan asalnya...menjadi pembimbing sahaja...bknkah itu lebih mulia...cuma,jiwanya sudah tidak bahagia dengan apa yg dilakukan...hari2 akan membuat perkara yg sama dan byk perkara yg tidak disukainya...kalau 10 perkara dia hanya suka kpd 3 perkara ajer...perkara lain seperti terpaksa...
Semoga dia dirahmati dan diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah...Allah maha mengetahui apa yg patut bg hambanya...

Tuesday 22 March 2011

travelog kehidupan ku

22/3/11......
esok pagi rutin harian ku, aku akan bangun pagi seawal 5.30 pg. jika tersedar aku akan melakukan solat sunat tahajud,taubat,hajat dan witir.....tetapi jika terlalai oleh musuh Allah,maka akan tersentaplah pukul 7.00 pg....jika terlewat aku akan menghantar sms kepada rakanku utk mempunchcard utk ku.....jadi aku sentiasa berdoa utk bangun awal.....sampai di sekolah aku akan berjumpa rakan-rakan setugasku...mereka merencanakan pelbagai cerita baru yg blh di kongsi bersama setiap hari.......setelah selesai perhimpunan pagi yg rata-rata pelajar dan guru tak suka termasuk ku....aku kan terus ke blk guru atau pun terus ke kantin utk melampiaskan perutku...jika perut berbunyi maka susah nak mengajar......semua guru hampir sama pendapat dengan ku kecuali yg mempunyai kelas awal......terpaksa la......rutin ku ini telah berlanjutan selama hampir 14 tahun dan akan berubah suasana jika bertukar sekolah......


23/03/11.....
hari ini result SPM keluar....semua guru berdebar mengalahkan debaran pelajarnya......semua guru menunggu pengetua kembali ke sekolah dengan result 2010....masing-masing memasang doa untuk subjek masing2....tak ketinggalan untuk aku....aku tidak mengharapkan A....tapi biar semua lulus...itu menurut pandangan ku...kerana kalau A....ada pelajar yg ketinggalan di belakang....kesian dia....biar sama2 dalam semua menda.....

Alhamdullillah.....result yg baik telah diperolehi...ramai pelajar dan penjaga yg menunggu untuk mengambil result mereka....sudh pasti selepas ini akan berlaku pelbagai drama dan lagu....kita tunggu dan lihat.......

100% lulus.....Amin....
11A seramai 2 orang.....
10A seramai 1 orang....
6A keatas seramai 35 orang...
Tahniah kepada semua pelajar dan guru2 yg bertungkus lumus dlm semua ini....semoga mendapat rahmat dari Allah......

terpancar wajah yg ceria dari raut wajah guru2 dan pelajar2.....semasa kekalutan semua guru dan pelajar aku di ajak oleh seorang rakan  menemaninya ke bandar kerana beberapa urusan.......


24/03/11
pagi ni aku membawa isteriku pergi ke hospital temerloh untuk mendapatkan rawatan untuk persediaan prosedur IUI....prosedur ini telah dicadangkan oleh seorang doktor pakar sakit puan setelah kami mendapatkan rawatan hampir 1 setengah tahun.....setelah selesai semua ujian yg dilakukan...aku dan isteriku didapati tiada mempunyai apa2 masalah dari sudut perubatan...oleh itu dia mencadangkan untuk kami membuat IUI untuk mendapatkan anak setelah hampir 4 tahun usia perkahwinan.....

bagiku semua ini tidak menjadi masalah....sekiranya aku dan isteri ditakdirkan tidak mempunyai anak....aku pasrah dengan ketentuannya....mungkin ada hikmah yg lebih besar yg Allah akan bagi untuk ku dan isteri ku....aku tidak kisah apa yg orang nak kata....bagiku semua ini adalah lumrah manusia....tak perlu aku nak marah pada mereka...kerana semua itu adalah ketentuan Allah...jika aku marah pada mereka bermakna aku marah pada tuhanku sendiri....ini sudah melanggar prinsip kesabaran yg diajar oleh Allah dlm Al-Quran.....Nabi Allah Zakaria juga tidak mempunyai anak...sehingga umur beliau sudah tua....sedangkan beliau adalah kekasih Allah.....beliau sabar dan redha dengan ketentuannya....sehingga lanjut usia beliau telah dikurniakan Allah dengan seorang anak.....dan diangkat anak itu menjadi nabi....begitulah ketentuan Allah Yg maha Kaya dan maha besar....aku berharap Allah memberi aku dan isteriku kemuliaan di dunia dan akhirat....amin....

hari ini aku mengajar seperti biasa....masuk ke kelas dan memberi kertas peperiksaan dan bincang tentang jawapanya.....pelajar-pelajar masih memberi perhatian setiap kali aku masuk ke kelas.....Allhamdullillah....
aku di berikan anugerah bakat dalam percakapan...seperti ayahku yg pandai berkata-kata....apabila aku tidak dapat masuk ke kelas kerana urusan lain, biasanya pelajar akan merungut kerana rindu dengan suaraku dan keletahku semasa mengajar.....

25/03/11...
hari ini adalah hari yg mendebarkan bagiku....aku dan isteri akan menjalani prosedur rawatan kehamilan yg di panggil IUI.....temujanjinya pada pukul 2.30 ptg....seawal 2.15 aku telah sampai....klinik pakar masih lagi gelap.....

apabila klinik di buka aku terus menjalankan prosedur yg di sarankan....mengambil sperma dan proses cucian selama satu jam....selepas itu barulah ianya di suntik ke dalam rahim.....semoga Allah memberikan satu nyawa untuk zuriatku yang soleh dan solehah....

selepas rawatan aku ke bandar untuk melunaskan hutang kereta....orang ramai di bank....berbaris mcm ular kenyang ada....ular lapar ada....he hehehehe....situasi selepas gaji....setiap bulan begini....setelah selesai urusan ku aku memanjakan diri isteriku.....nak makan Pizza.............tak beli...tapi telefon ajer...mkn di rumah....mgkn dia berasa tak sedap badan setelah prosedur dilakukan kepadanya....hanya tuan badan yang tau apa rasanya....

Monday 21 March 2011

hadis yg dikeluarkan oleh bukhari

Daripada Abdullah bin Umar R.A. daripada Nabi S.A.W bersabda: org islam itu adalah org yg menyelamatkan org islam yg lain daripada lidah dan tanganya dan berhijrah itu adalah hijrah dari apa-apa yg di larang oleh Allah.

Assalammualaikum.....

kepada semua bloggers....diharap dapatla kiranya aku menjadi salah seorang rakan anda untuk berkongsi pendapat dan pandangan dalam semua hal.....perbincangan secara ilmiah dan logik adalah diharapkan....semoga kita menjadi orang yang bijak di pentas kita sendiri....