Tuesday 22 March 2011

travelog kehidupan ku

22/3/11......
esok pagi rutin harian ku, aku akan bangun pagi seawal 5.30 pg. jika tersedar aku akan melakukan solat sunat tahajud,taubat,hajat dan witir.....tetapi jika terlalai oleh musuh Allah,maka akan tersentaplah pukul 7.00 pg....jika terlewat aku akan menghantar sms kepada rakanku utk mempunchcard utk ku.....jadi aku sentiasa berdoa utk bangun awal.....sampai di sekolah aku akan berjumpa rakan-rakan setugasku...mereka merencanakan pelbagai cerita baru yg blh di kongsi bersama setiap hari.......setelah selesai perhimpunan pagi yg rata-rata pelajar dan guru tak suka termasuk ku....aku kan terus ke blk guru atau pun terus ke kantin utk melampiaskan perutku...jika perut berbunyi maka susah nak mengajar......semua guru hampir sama pendapat dengan ku kecuali yg mempunyai kelas awal......terpaksa la......rutin ku ini telah berlanjutan selama hampir 14 tahun dan akan berubah suasana jika bertukar sekolah......


23/03/11.....
hari ini result SPM keluar....semua guru berdebar mengalahkan debaran pelajarnya......semua guru menunggu pengetua kembali ke sekolah dengan result 2010....masing-masing memasang doa untuk subjek masing2....tak ketinggalan untuk aku....aku tidak mengharapkan A....tapi biar semua lulus...itu menurut pandangan ku...kerana kalau A....ada pelajar yg ketinggalan di belakang....kesian dia....biar sama2 dalam semua menda.....

Alhamdullillah.....result yg baik telah diperolehi...ramai pelajar dan penjaga yg menunggu untuk mengambil result mereka....sudh pasti selepas ini akan berlaku pelbagai drama dan lagu....kita tunggu dan lihat.......

100% lulus.....Amin....
11A seramai 2 orang.....
10A seramai 1 orang....
6A keatas seramai 35 orang...
Tahniah kepada semua pelajar dan guru2 yg bertungkus lumus dlm semua ini....semoga mendapat rahmat dari Allah......

terpancar wajah yg ceria dari raut wajah guru2 dan pelajar2.....semasa kekalutan semua guru dan pelajar aku di ajak oleh seorang rakan  menemaninya ke bandar kerana beberapa urusan.......


24/03/11
pagi ni aku membawa isteriku pergi ke hospital temerloh untuk mendapatkan rawatan untuk persediaan prosedur IUI....prosedur ini telah dicadangkan oleh seorang doktor pakar sakit puan setelah kami mendapatkan rawatan hampir 1 setengah tahun.....setelah selesai semua ujian yg dilakukan...aku dan isteriku didapati tiada mempunyai apa2 masalah dari sudut perubatan...oleh itu dia mencadangkan untuk kami membuat IUI untuk mendapatkan anak setelah hampir 4 tahun usia perkahwinan.....

bagiku semua ini tidak menjadi masalah....sekiranya aku dan isteri ditakdirkan tidak mempunyai anak....aku pasrah dengan ketentuannya....mungkin ada hikmah yg lebih besar yg Allah akan bagi untuk ku dan isteri ku....aku tidak kisah apa yg orang nak kata....bagiku semua ini adalah lumrah manusia....tak perlu aku nak marah pada mereka...kerana semua itu adalah ketentuan Allah...jika aku marah pada mereka bermakna aku marah pada tuhanku sendiri....ini sudah melanggar prinsip kesabaran yg diajar oleh Allah dlm Al-Quran.....Nabi Allah Zakaria juga tidak mempunyai anak...sehingga umur beliau sudah tua....sedangkan beliau adalah kekasih Allah.....beliau sabar dan redha dengan ketentuannya....sehingga lanjut usia beliau telah dikurniakan Allah dengan seorang anak.....dan diangkat anak itu menjadi nabi....begitulah ketentuan Allah Yg maha Kaya dan maha besar....aku berharap Allah memberi aku dan isteriku kemuliaan di dunia dan akhirat....amin....

hari ini aku mengajar seperti biasa....masuk ke kelas dan memberi kertas peperiksaan dan bincang tentang jawapanya.....pelajar-pelajar masih memberi perhatian setiap kali aku masuk ke kelas.....Allhamdullillah....
aku di berikan anugerah bakat dalam percakapan...seperti ayahku yg pandai berkata-kata....apabila aku tidak dapat masuk ke kelas kerana urusan lain, biasanya pelajar akan merungut kerana rindu dengan suaraku dan keletahku semasa mengajar.....

25/03/11...
hari ini adalah hari yg mendebarkan bagiku....aku dan isteri akan menjalani prosedur rawatan kehamilan yg di panggil IUI.....temujanjinya pada pukul 2.30 ptg....seawal 2.15 aku telah sampai....klinik pakar masih lagi gelap.....

apabila klinik di buka aku terus menjalankan prosedur yg di sarankan....mengambil sperma dan proses cucian selama satu jam....selepas itu barulah ianya di suntik ke dalam rahim.....semoga Allah memberikan satu nyawa untuk zuriatku yang soleh dan solehah....

selepas rawatan aku ke bandar untuk melunaskan hutang kereta....orang ramai di bank....berbaris mcm ular kenyang ada....ular lapar ada....he hehehehe....situasi selepas gaji....setiap bulan begini....setelah selesai urusan ku aku memanjakan diri isteriku.....nak makan Pizza.............tak beli...tapi telefon ajer...mkn di rumah....mgkn dia berasa tak sedap badan setelah prosedur dilakukan kepadanya....hanya tuan badan yang tau apa rasanya....

Monday 21 March 2011

hadis yg dikeluarkan oleh bukhari

Daripada Abdullah bin Umar R.A. daripada Nabi S.A.W bersabda: org islam itu adalah org yg menyelamatkan org islam yg lain daripada lidah dan tanganya dan berhijrah itu adalah hijrah dari apa-apa yg di larang oleh Allah.

Assalammualaikum.....

kepada semua bloggers....diharap dapatla kiranya aku menjadi salah seorang rakan anda untuk berkongsi pendapat dan pandangan dalam semua hal.....perbincangan secara ilmiah dan logik adalah diharapkan....semoga kita menjadi orang yang bijak di pentas kita sendiri....