Monday 10 October 2011

bajet

bajet 2012 telah di umumkan oleh PM kita, pelbagai reaksi oleh masyarakat umum yg kalau dilihat ramai yg lebih pandai dari org yang buat bajet tu. pelbagai komen yg keluar dari bibir masing2. masuk hari yg ke 4 masih lagi topik bajet terutama tentang kenaikan gaji yang telah di umumkan oleh PM. sebenarnya menda tu masih belum jelas bagi yg tak pandai mcm aku ni la. sbb masih tak paham apa sebenarnya yang telah di umumkan, yang pasti adalah adanya kenaikan gaji. berbagai kesimpulan yang keluar dari mulut kawan2. sebenarnya apa la yang di herankan,bila dah umum naik tu maka akan naik la gaji,caranya sahaj belum di kenal pasti. mula lah ada yang kata begitu begini. masing2 punya pandangan. aku hanya blh tersenyum memerhatikan gelagat manusia. aku hanya tunggu ajer apa yang terbaik. blh tambah loan blh buat rumah dan blh belanja besar.

harga barang

ini satu lagi masalah yang timbul rentetan kenaikan gaji pekerja awam. memang menyusahkan betul, kalau keluar duit hari ni sebanyak 200,esok dah blh abis dah. beli barangnya entah apa2. bayangkan beli makanan nasi goreng paprik berharga rm 8? maut betul. kenaikan harga barang mentah seperti ayam adalah amat mengejutkan. sampaikan terpaksa mengikat perut untuk makan ayam.kesian la kat rakyat sikit. kalau dah naik gaji barang mahal maknanya sama ajer la....kenaikan gaji tidak menggalakkan permintaan,tetapi hanya berjaya mengekalkan sahaja kuantiti permintaan. sedangkan tujuan kenaikan gaji adalah untuk meningkatkan permintaan dan penawaran terhadap barangan dalam negara. tak paham aku helah politik ekonomi ini.