Monday 25 July 2011

IHYA' RASULULLAH S.A.W

MENCINTAI RASULULLAH SEBAHAGIAN DARI IMAN


daripada anas berkata ; bersabda nabi s.a.w: tidak beriman seseorang dari kamu sehingga menjadikan aku lebih dicintai daripada ayah dan ibu, anak2 dan manusia seluruhnya......

direkodkan oleh Bukhari

tidak benarlah seseorang itu pada keimanannya sehingga ia menjadikan nabi s.a.w lebih di cintai daripada orang yg paling mulia di sisi manusia. oleh itu iman yg sebenarnya yg menjadikan dirinya mantap akidah dan mencapai setinggi darjat di sisi Allah,berhak mendapat keredhaannya iaitu mereka yang mendorong untuk mengetahui hak2 nabi s.a.w. yang paling wajib dan kuat keatasnya daripada kemuliaan manusia keatasnya dan kasih syg ayah,ibu dan anak2nya.

Sunday 24 July 2011

buku kerja

25 julai 2011 ( isnin)

subuh......
selesai bersolat subuh berjemaah, aku di sapa oleh seorang ustaz/imam.....dia mengheret ku kepada topik perbualan berkaitan dengan hal anaknya..... anaknya meminta duit untuk membayar buku kerja di sekolah....pelbagai reaksi dari imam ini dengan loghatnya......itu la ini la.....aku terpaksa mendengar dan dalam hati,kena uruskan la jugak.......

gaji......
hari ni orang kerajaan dapat gaji....aku turut meraikan hari gaji ini....lepas ajer kelas terus aku ke bank....ambik duit,nak bayar itu ini itu dan ini......abis duit.....setakat bln ini masih belum dapat simpan duit...........dah 2 bln tak simpan duit ni.....Ya Allah....permudahkanlah segala urusan ku.......

court maut.....
hari ni aku telah sah berbelanja sebanyak RM4030.00 untuk membeli peralatan rumah.....set meja makan 8 kerusi.....set bilik tidur.....percuma tilam RM 399.....dapat percuma tv 24" hisense.........parah aku....tambah pulok hutang aku lagi RM 173 sebulan......nampaknya aku kena byk lagi usaha untuk menambahkan pendapatan aku ni......cuma masih dlm pemikiran lagi kerana buat masa ini aku nak tumpukan pada ibadah aku sahaja......Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah urusan ku......

semalam.......

23 julai 2011 adalah hari jadi isteriku yang tercinta......jatuhnya pada hari sabtu.....aku cuba untuk membuat kejutan tapi tak jadi sbb duit aku tak blh keluar....hari jumaat aku pergi bank dan baru blh keluar....itu pun sebelah petang.....aku memang hendak membeli telefon bimbit baru kepadanya dalam nilaian RM 400.....jadi aku pun terus keluar sejumlah itu.....ahad.....aku pergi bersiar2 dengan isteriku, mkn tghari di luar, aku sengaja membawanya untuk bersiar2.....menyenangkan hati birthday women.......walau pun dia tak tau....aku ikutkan kehendaknya.....selepas makan aku membawanya ke kedai telefon.....dari satu kedai ke satu kedai aku jarah.....semuanya tidak membangkit selera kerana di temerloh ni semuanya mahal......mintak kurang sikit  pun susah.....sehingga la aku samapai di satu kedai bersebelahan public bank......di situ mcm ada aura nak kena beli dah telefon ni....dia membelek dari satu ke satu telefon sehinggalah samapai kepada sony ericson j20i dan satu model yang sama tapi touch screen.....dalam membelek2 tu nampak gaya mcm dah minat dah.....akhirnya jadilah.....dapat lah sebijik telefon yang dah lari baget aku.....memanar aku mencucuk duit.....sekali lagi bank aku menghadapi problem yg sama....nasib baik blh keluar RM150....cukup la untuk membayar harga telefon sebanyak RM 550.00 sahaja.......aku pasrah lagi untuk isteri tersayang......Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan lah urusn ku.....tambahkan lah rezekiku...berkatilah rezeki.....amin......

siti noraini......
aku memanggil anak kepada imam masjid di tempat tinggalku......apabila dia sampai aku bertanya: cikgu mana yang suruh bayar duit buku? sy nak tanya dia berapa kena bayar? , lalu dia menjawab: cikgu siti noraini.......semua guru gelak......' mana ada cikgu nama cikgu noraini dalam sekolah ni....kalau ada pun yang lama....dah pindah pun...siap jadi pengetua lagi.....setelah disiasat dan di uji....barulah diketahui, pelajar ini tak tau nama guru....hampir semua guru tidak diketahui namanya....masyaallah.....mcm mana nak berkat....nama guru yang mengajar pun tak tau.....aku memberi masa 10minit untuk dia mencari jumlah buku yang belum di bayar........sajer untuk bagi dia tugasan ajer.....tapi lewat jugak....dlm muka tak bersalah diamasuk dan memberikan senarai buku, nama guru dan jumlahnya.......ini lah pelajar sekarang, bermain byk....sampai tak ambil peduli urusan diri sendiri....klau zaman dulu, pada waktu begitu dah kira meningkat remaja.....dan sudah pandai mencari rezeki........

Sunday 17 July 2011

puasa

18/7/2011 (ISNIN)

salam kepada semua pembaca misteri......hari ni bersamaan dengan 16 syaaban.....lagi 14 hari datangnya Ramadhan....betapa gembiranya hatiku.....hari ni aku berpuasa sunat...seorang diri....tanpa di temani isteri....ini semua adalah perkara luar biasa yang terjadi padaku selain bln Ramadhan....Alhamdullah.....

kelas tak banyak....blh berehat sikit.....pagi tadi awal bgnnya....sempat tunduk tahajud kepada Ilahi....memohon doa keampunan,hidayah dan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat......

hari ni aku akan berbuka dengan apa sahaja ada....mak cik kantin membungkus kan makanan kegemaran ku....pulut dengan sardin....free ajer katanya....rezeki orang berpuasa......

kuasa atau nikmat berpuasa.....baru 35 tahun aku merasainya......selama ini aku berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga.....kalau ada pun sedikit amalan tahajud, itu pun sbb nak bgn sahur....tadarus Al-Quran,kadang2 abis,kadang2 abis...

hari ini aku merasakan betapa nikmatnya berpuasa....semua kerja aku blh lakukan....tanpa ada rungutan.....kalau dahulu setiap kali bln puasa aku membayangkan keletihan yang melampau....setiap kali berpuasa,semua kerja terbatas...kerana takut letih.....aku akan menjadi lembik.....dengan kata lain,iman yang terlalu nipis.....

kepada orang2 yang berbuat baik padaku pada hari ini diharap akan mendapat keberkatan yang sama dengan ku....dan orang yang mengata aku atau berbuat jahat padaku semoga mendapat petunjuk dan hidayah......amin......

Wednesday 13 July 2011

ujian Allah

kepada seluruh alam....aku ingin menyatakan sedikit rasa di hati.....tapi aku pasrah.......pada 5/7/2011 aku telah mendapat jawapan tentang permohonan pinjaman perumahanku....apa yang menyentakhatiku adalah pinjaman tersebut hanya diluluskan sebanyak 85% sahaja dari harga rumah yang akan aku beli.....

rumah ku beli berharga RM 218,600 . pinjaman aku hanya lulus sebanyak RM 186,600 sahaja.....pinjaman yang aku buat ini adalah pinjaman kerajaan....aku tidak paham tentang kemudahan pinjaman perumahan pertama yang di wartakan oleh kerajaan baru2 ini...nampak mavam memberikan perhargaan kepada rakyat yang tidak mempunyai rumah tapi aku tak dapat nak merasakan kegembiraan perdana menteri malaysia yang mengumumkan tentang pinjaman perumahan yang membantu golongan seperti ku.....

sampai bila baru aku boleh memiliki rumahku sendiri? selain dari rumah hakiki yang telah tersedia di mana2....sistem pinjaman perumahan perlu di kaji semula dengan mempunyai pautan dengan semua bahagian pentadbiran perkhidmatan yang mana mengendalikan perkhidmatan seseorang.....

setiap penjawat awam akan naik gaji pada setiap tahun. penjawat awam juga akan ada kenaikan pangkat selama 10 tahun berkhidmat. apabila perkara ini berlaku adalah bermakna gaji setiap penjawat awam akan sentiasa naik....sepatutnya bahagian perumahan kena ada pautan dengan mereka....

akan tetapi aku akan cuba berusaha lagi untuk mendapatkan pinjaman lebih.....mungkin aku di duga oleh Allah....aku pasrah dengan ketentuan Allah....tetapi aku perlu memiliki rumah untuk aku sediakan kepada isteriku....bakal anak2 ku...menempatkan orang2 tuaku nanti....

Ya Allah Ya tuhanku.....berilah aku peluang untuk memiliki rumah dunia yang menjadi tempat untuk aku dan isteri beribadat.....menjalani kehidupan beribadah......tempat berteduh sementara......Ya Allah...ampunkanlah aku atas segala dosa2ku.....Dosa isteriku.....untuk memudahkan nikmat mu dan rahmatmu sampai kepada kami......amin......

Sunday 10 July 2011

Mencintai Rasullullah S.A.W separuh daripada iman

Daripada Anas berkata: "bersabda Nabi S.A.W": Tidak beriman seseorang itu sehingga dia menjadikan aku lebih di cintai dari kedua ibu-bapanya, anak2nya dan sekalian manusia.

dikeluarkan oleh bukhari

Syarah Hadis


Tidak benarlah seseorang itu pada keimanannya dan tidak menjadi seorang mukmin yg sebenarnya kecuali apabila menjadikan Rasullullah S.A.W lebih di cintai daripada  org yg paling mulia dikalangan manusia disisinya. Dan iman yang sebenarnya yang menjadikan padanya manusia itu  mantap akidah untuk mencapai setinggi2 darjat di sisi Allah Ta'ala dan berhak mendapat keredhaannya ialah mereka yang mendorong untuk mengetahui hak Nabi S.A.W yang paling wajib dan paling kuat keatasnya dari orang yang paling mulia di kalangan manusia keatasnya dan kasih keatasnya seumpama ayahnya, ibunya dan anak2nya.
yang dimaksudkan dengan kasih sayang dalam bentuk keimanan mengikut orang yang dikasihi dan mengikut perintahnya dan menjauhi larangannya, dan tidak dimaksudkan dengannya kasih sayang biasa. dan antara kecintaan seseorang terhadap Nabi S.A.W ialah membantu sunnah yang suci dan mempertahankan syariat yang mulia dan berakhlak dengan akhlak Rasullullah yang mulia.


Pengajaran hadis

1. hadis ini menjelaskan kedudukan Rasullullah S.A.W dan kelebihannya atas semua individu ummah

2. wajib mendahulukan ketaatan ke atas Nabi S.A.W dan berpegang teguh dengan pengajaranya

Wednesday 6 July 2011

musafir

salam kepada seluruh alam.....

aku kembali setelah hampir sebulan aku tidak datang ke laman ini........dlm tempoh ini,pelbagai peristiwa dan kejadian yg telah berlaku dalam hidup ku....sehingga mengubah sedikit pendirian dan tabiat ku serta mengubah cara hidup ku......Alhamdulillah....syukur kepada tuhan yg menciptakan aku......

perkara yg penting utk aku corekkan disini ialah,aku dan isteriku telah menjadi tetamu istimewa di rumah Allah.....alhamdulillah....subhanallah.....

aku akan corekkan beberapa cerita yg aku rasakan ia nya takkan dapat di negara kita.....utk kita kongsi bersama sebagai pengajaran hidup,dan juga iktibar sebagai bekal kita utk meniti hidup yg sementara ini.....


Alhamdulillah.....pada 30 hb jun 2011 aku dan isteri ku akan bermusafir ke rumah Allah......
subhanallah,maha suci Allah......betapa gembiranya hatiku dan yg paling penting aku dapat mengembirakan hati isteriku......


sebelum aku pergi aku sentiasa melakukan sembahyg sunat taubat...setiap kali sembhyg fardhu akan aku sulami dengan sunat taubat......aku mohon ampun kepada Allah yang maha agung atas segala dosa2 ku.....dosa dengannya.....dengan manusia.......semoga aku di ampunkan.......selain itu aku juga menuanikan solat hajat....supaya perjalananku.....ibadatku.....dan semua berkaitan dengan aku serta isteriku berjalan dengan lancar........

pakej

sebelum ini aku sentiasa disenakkan dengan telinga tentang pakej umrah mana nak pergi ni.....syarikat mana? halal ke haram? blh percaya ke? Ya Allah Ya tuhanku...kau ampunkanlah semua kaum muslimin dan muslimat......setelah aku berjaya pergi, beribadat dan balik dengan sempurna, tenang, tanpa ada gangguan yang besar......aku dapat membuat solusi dengan keyakina penuh kepada Allah.......

solusi

untuk menjadi tetamu Allah tidak perlu memilih mana2 pakej ataupun syarikat mana......yang paling penting ialah niat kita....arab ckp 'nawaitu'.....kalau kita dah memilih satu syarikat yg kita kenali atau pun yang mashur....terus sahaja kita berserah kepada Allah....jgn ada niat lain dlm hati kita......sbb apabila kita berniat hendak kesana....insyaallah setiap niat yang hadir dlm hati kita kan termakbul......belum pijak tanah haram dah termakbul doa kita......

keduanya ialah.....kita sebagai hamba yg hina dina ini jgn lupa utk meminta ampun kepada Allah.......kuatkan sunat taubat.....sunat hajat......mohon kepada ilahi dengan sepenuh hati.....yakin penuh.....sabar.........ilmu yakin ini bkn semua org blh dpat...ia adalah ilham dari Allah.......apabila kereta sudah dilakukan major servis maka secara totalnya kita kan berasa yakin untuk memecut dengan kelajuan yang maksima.....sama juga dengan ini....jika kita dah servis hati.....servis niat....jiwa....akal......insyaallah....keyakinan itu akan terbit  tanpa paksaan.......doa org yg hendak ketanah haram adalah makbul.....insyaallah....hanya dia yang menentukan.....amin....

syarikat

aku pergi dengan sebuah syarikat yang di beri nama Haramain travel& agncy......yg mana kepunyaan seorang haji bernama sharif bin thasin, berketurunan kampar.....tinggal di depan sekolah tempat aku mengajar......dia kenalan ayahku.....seorang yang kuat beribadat.....tokey lembu dan daging di pasar.....kecil....kuat semangat dan berani.......aku memilihnya tanpa ada rasa was was.....

bayangkanlah....sebuah syarikat kecil yg aku rasa tiada pendaftaran dengan kementerian pelancongan.....menumpang dengan sebuah syarikat besar bergelar GHard group.......berpengkalan di kuala lumpur.......aku bermusafir seramai 13 org termasuk mutawif 2 org...seorang lelaki dan seorang perempuan......perjalanan kami lancar tanpa gangguan.....dan halangan yg berat.....aku tidak henti berdoa supaya kami semua mudah dan di permudahkan.......


sri langka



perjalananku transit sebanyak 2 kali......dan paling lama adalah di sri langka.....kami diberikan hotel bertaraf 3 bintang......bernama euro star hotel....boleh la buat tempat berteduh....merehatkan badan dan mandi.......semasa di sana kami di bawa melawat ke sri langka.....yang mana ibu negerinya bernama kelambu city...perjalanannya selama hampir 2 jam.....ingatkan dekat,rupanya jauh yang amat.....dah la penat,bertambah penat......cuma dptla tgk negara org......

apa yg menjadi perhatian ku adalah cara org sini membawa kereta.....masyaallah.....tak da sistem langsung.......penggunaan lampu  signal mcm tak berfungsi......bising dengan bunyi hon kereta,bas dan lori sana sini....bingit......sepanjang perjalanan sentiasa mengecutkan perut......suasana hampir2 excident adalah mainan bagi mereka.....Ya Allah....selamatkanlah perjalanan kami....kami belum lagi memijak tanah haram.....


kami di bawa ke tempat menjual teh....sri langka adalah pengeluar teh.....ceylon teh....


Di sini masih menggunakan khidmat polis berkuda.....sesuatau yang lain dari negara ku.....


Kami di bawa melawat ke beberapa tempat yang menjadi kebanggaan kepada mereka....antara tempat yang kami pergi seperti......mall mereka....pantai gold face.....memorial kemerdekaan mereka....disini semua agama bercampur atas tiket bangsa......agama berbeza tidak mengapa.......


      
Perjalanan yg menambahkan kepenatan yg amat sgt.....teras seluruh sendi ku sengal........sampai semula ke hotel pada jam 8.30 mlm waktu sri langka.....kami  terus ke dewan mkn utk menikmati mkn malam yang kami pun confius sebenarnya samada ianya halal......kerana semuanya bkn islam....Cuma yg menguruskan kami disini adalah org islam yg bernama en jefri.....mengikut katanya, disini makanan halal.....aku hanya mkn nasi dengan sayur shj......bkn apa tak blh nak masuk ke dalam mulutku.....
Ya Allah Ya Tuhanku......selamatkan lah keimanan kami.....selamatkan lah iktikad kami....halalkan lah apa yg kami makan......

Sarjah
Perjalanan seterusnya adalah ke lapangan terbang sarjah....ini lah kali pertama aku mendengar tentang nama tempat sarjah....terpinga-pinga aku...apabila sampai ke sana baru lah aku tau dimana duduknya...lemah sungguh geografi aku ni.....


Di sini kami transit selama hampir 5 jam....jadi kami hanya berlegar di tempat menunggu sahaja...aku cuba mengeluarkan duit di bank sarjah ni....terus penukaran matawang.....aku cuba mengeluarkan duit sebanyak 100 dirham.....disebabkan buta currency maka aku biarkan ianya terjadi.....aku tidak tau pun berapa tukarannya.....aku ke kedai minum berhampiran dengan isteri dan beberapa org ahli rombongan.....membeli air dan roti utk santapan perut....sambil itu aku membelanjakan duit sebanyak 100 dirham......tanpa ku sedari berapa nilaiannya dlm ringgit malaysia.....
Selepas ini kami akan berangkat terus ke madinah....tak sabar rasanya utk merasa perasaan bila memijak bumi madinah al-munawarah......