Tuesday 13 September 2011

syawal

Rumah terbuka

sempena syawal ini aku sedikit rasa kelainan, isteriku sibuk hendak pergi beraya ke rumah kawan-kawan. apabila selesai sahaja cuti raya aku pun membuat misi dengan mengajak beberapa geng kembara malam. Kami menjelajah dari rumah ke rumah kawan-kawan. aku yang menjadi ketuanya. mengumpulkan orang, memberitahu tuan rumah yang kami akan pergi supaya bersedia dengan kunjungan kami. tak kisah lah apa menu yang dihidangkan asalkan boleh berjalan dan beraya. misi bermula dengan rumah kak liza. menu yang dihidangkan adalah mee goreng basah. sambutan menggalakkan. ramai yang menyertai. tujuan kami bkn untuk memberatkan tuan rumah tetapi hanya ingin berkumpul dan beramah mesra supaya ikatan kekeluargaan dalam islam berjalan dengan baik, dan ukhwah persaudaraan antara kami semakin bertambah. dari satu rumah ke satu rumah. alhamdullillah,sesuatu yang menjadi sejarah di mana mereka gembira dan merasa kelainan sedikit raya pada tahun ini.

Rumahku

Tiba giliran Rumahku, aku mengambil tarikh pada hari ahad. Bermula jam 3 ptg sehingga malam. menu yang dihidangkan mengikut kemampuan, iaitu laksa penang dan lemak, nasi impit kuah kacang, nasi goreng kampung paprik, roti jala dan kuih cucur badak. aku dan isteri memasak laksa dan nasi impit,yang lain semua tempah. nasi goreng kampung paprik dan kuah kacang aku tempah dengan member baik aku chetah, kuih jala dan cucur badak mak aku tempah dengan kawannya,kuah roti jala mak aku yang buat. aku menjemput separuh dari kawan-kawan ku di sekolah dan di luar. hampir ke semuanya datang. isteriku menjemput kawan sekolahnya, hamppir kesemuanya datang. pada sebelah malam pula aku menjemput saudara-mara dekat untuk hadir, semuanya datang. Alhamdulillah semua cukup dan habis. penat tak terkata. prang terakhir datang hanya aku hidangkan dengan air tongkat Ali ust badrul dengan kuih raya sahaja. nasib la badan. dah malam,nak order mana lagi. makan ajer la mana yang ada. semua jemputan hampir 160 orang hadir. Terima kasih kepada semua kerana membawa berkat ke rumahku.

Go out

sehari selepas aku membut rumah terbuka aku kena penyakit ghout. aku hampir merangkak kerana tidak blh berjalan. seksa betul ujian Allah bagi kat aku. sampai ke hari ini masih lagi sakit. penyakit ini dalam keturunan aku tiada yang kena,hanya aku dan adik kedua aku yang kena. mana keturunan pun tak tau. aku bercuti selama 2hari yan diberikan oleh doktor. semasa aku pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, pembantu doktor memberikan gelaran kepadaku, iaitu GDL( ghout datang lagi) rupanya memang ramai yang kena penyakit ini. terhencut2 berjalan. penyakit ini byk pantangnya. susah kalau nak makan di kedai. kerana pantangnya semua makanan yang sedap-sedap,seperti daging, saridin,ikan bilis, cendawan, semua organ dalaman, tulang,timun,semua jenis kacang tanah dan kacang soya dan beberapa lagi jenis makanan protein tinggi yang menyebabkan uric asid. letih aku memikirkan. tetapi secara tak rasmi aku mempunyai doktor peribadi sendiri iaitu adik aku. setiap kali nak makan aku akan msj dengannya tentang makanan yang aku makan,kalau dia kata boleh baru aku akan makan. sakitnya menyeksakan. disamping itu ramai kawan-kawan yang memberikan nama ubat yang perlu di cari kerana begitu prihatinnya mereka kepadaku. antara ubat yang disyorkan ialah,makjun unta yang payah nak dicari, minyak zaitun yang mana diamalkan oleh pak arab, ubat cina iaitu baji, ada yang menyuruh aku melakukan akupunture. semua yang memberi nasihat ini adalahpakar dalam penyakit ini. aku akan cuba satu persatu. terima kasih juga kepada semua rakan yang membantu.

MC

Aku diberi cuti oleh doktor selama 2 hari,kalau tak cukup datang lagi. aku rasa dah cukup la tu,bosan dah duk rumah,wlaupun masih sakit. selama aku bercuti ini banyak panggilan telefon akan terima. pelik aku. masa aku kerja tak da pun. bila cuti macam2 hal pulok. kawan telefon ckp ada tugas baru la, kawan telefon tanya barang-barang la.....MBSB telefon la.  itu la,ini la. letih jugak memikirkan. bila pergi kerja tak da pulok macam ni. baru 2 hari,kalau byk hari, tak tau la aku. mau giler aku. esok aku akan mulakan kerja semula walaupun masih sakit,tapi aku duduk ajer la. kelas jauh tak dapat la masuk.

No comments:

Post a Comment