Wednesday 31 August 2011

syawal

29 ramadhan

Allhamdulillah....bersyukur kepada Allah kerana memanjangkan umurku sampai ke hari ini. akhir ramadhan....tidak pernah aku merasakan perasaan sebegini, yg mana aku berasa takut utk meninggalkannya....kerana masih belum berpuas hati dengan amalan dan perkara2 sunat yang telah aku lakukan dan amalkan pada ramadhan ini.

Ya allah Ya tuhanku....kau terimalah puasa ku pada tahun ini, kau ampunkan dosaku, kau terimalah taubatku, kau terimalah amalanku......semuanya aku lakukan kerana mu Ya Allah....tiada yang lain...hanya kau tuhan yang aku sembah dan hanya  engkaulah tuhan aku mohon pertolongan......amin......

Raya

aku dan isteri mengambil keputusan utk memasak sesuatu yang lain pada kali ini,bkn hendak berbangga tetapi hanya merasakkan kelainan untuk kepuasan diri sendiri sahaja......kami memutuskan untuk memasak rendang hijau burung puyuh dan rendang minang daging.....kami juga akan memasak ketupat nasi dan pulut.......hajat kami hanya satu...masak untuk diri sendiri dan keluarga,jika ada orang lain merasa itu menjadi rezeki mereka.....aku takut dengan pujian orang yang akan membuatkan terangkat diri sekejap tanpa disedari.....itulah sifat mazmumah yang sentiasa wujud dalam diri manusia....ditambah pula dengan bisikan syaitan yang memang telah berjanji untuk menyesatkan manusia selama mana masih berada di bumi........

bermula dari pagi lagi aku bersama isteri telah pergi ke kg jenderak untuk mengambil daun ketupat dengan orang kg tersebut. kami pergi ke rumah mak de, yang terkenal dengan kehebatan dalam mengayam ketupat kelapa atau pun palas....setelah itu kami balik dan bermula lah episod raya yang mana aku dan isteri bersilat di dapur untuk menyelesaikan misi yang telah di putuskan.....kami mengambil keputusan pada tahun ini untuk beraya di temerloh terlebih dahulu. pada ptg hari raya pertama kami akan pulang ke ipoh beraya disana.

bagi aku beraya di mana pun tidak mengapa,sebab Allah jadikan raya ini bkn untuk bersedih2 tetapi untuk bergembira kerana kemenangan kita berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan. tetapi jika dah dapat permit beraya di kg sendiri itu adalah peluang baik, cuma aku tidak dapat merasakan suasana balik kg. yang penting aku dapat berjumpa hampir separuh sanak saudar terdekatku...walaupun tidak semua....Alhamdullilah setelah hampir 4 tahun aku tidak berjumpa mereka dihari raya pertama...

pagi raya

aku bangun seawal pagi untuk bermunajat kepada Allah.....dalam satu hadis nabi, ada menyebut, Allah membuka pintu langit seluas-luasnya pada 5 keadaan,antaranya ialah pada mlm hari raya....aku tidak terlepas untuk merebut peluang ini agar segala doa2ku akan dikabulkan oleh Allah teritama doa taubat......

seusai aku subuh berjemaah di masjid,Alhadulillah,ramai juga jemaah yang hadir, aku dan isteri terus berkemas untuk kerumah ibu bapaku di temerloh jaya....kami kan bersarapan pagi di situ bersama2,yang penting lauk kegemaran ku ada di situ.....sebenarnya lauk kegemaranku bkn la sush untuk di buat,orang yang tak pandai masak pun blh buat,iaitu sardin......asalkan sardin,masak la ikut cara mana pun aku akan makan.....

kami solat sunat di surau lama temerloh jaya....ada lah dalam 3 saf.......di imamkan oleh anak muridku yang bekerja sebagai imam di cameron highland terpancar rasa kepuasan mendidik kerana berjaya menghasilkan seorang imam dan khutbahnya di baca oleh ustaz azmi seorang guru.....setelah selesai khutbah kami pulang kerumah mengikut jalan lain sebagai mengambil sunnah Nabi S.A.W......setelah itu kami hendak pergi ke kg halaman ku di kg paya luas temerloh.....kami pergi bersama adik ku dan 2 orang anak saudara......aku hanya sempat pergi ke 3 buah rumah sahaja kerana di situ sudah ramai saudar yang dapat kami jumpa, selebihnya kami berjumpa semula di rumah orang tua ku....kerana mereka berombongan ke situ kerana hendak mkn nasi minyak masakn ayahku.....

selepas selesai semua kami pun pulang ke rumah untuk berehat seketika sebelum pulang ke ipoh,dlm perjalanan,aku menerima panggilan dari sahabat lama yang hendak berjumpa,badan penat dah nak rehat,tapi mengenangkan sahabat,maka aku pun menerima dengan hati yang terbuka dan ikhlas,semoga kedatangan bersama berkat......

setelah sahabat ku pulang aku pun berehat seketika,tepat jam 6.30 ptg aku berangkat ke ipoh dalam keadaan yang aman dan tenteram kerana tiada kesesakan lalulintas berlaku....Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan ku......sampai di ipoh pada pukul 10.30 mlm....semua oran dah tidur kepenatan....kami pun terus ajer mkn ala kadar dan masuk tidur.......

Monday 22 August 2011

akhir ramadhan

23 ramadhan

10 ramadhan terakhir adalah waktu2 yg menguji keimanan dan ketakwaan manusia kepada Allah......setelah berpuasa selama 20 hari, badan dan minda kita akan berada di alam kepenatan,setelah berpuasa pada siang hari, beribadat pada malam hari, menyebabkan 10 ramadhan terakhir ini akan menjadi medan terakhir menunjukkan paras keimanan dan kekuatan kita kepada Allah....ramai yg lebih suka mengambil peluang utk berehat kerana nak mengumpul tenaga menghadapi syawal.....ada yg beribadat separuh ajer.....dan ada yg masih kekal dengan keadaan yg seperti biasa......alhamdullillah kepada mereka yg berjaya meneruskan perjuangan malam....berdialog dan berbual dengan Allah.....masing2 punya rasa dan masing2 cara.....

Alhamdullilah....aku dan isteri masih lagi berjaya meneruskan liga ramdhan pada tahun ini....semoga Allah akan sentiasa memberikan kekuatan fizikal dan minda kepada kami berdua dalam menjalankan ibadah dengan sempurna......

semakin hari aku merasakan keadaan yg amat biasa dengan malam....sebelum ini aku akan berasa mengantuk, aku akan berasa badan nak demam la....itu la....sekarang ni,Alhamdullillah aku semakin hari semakin bersemangat,semakin cerdas dan bersemangat....aura malam telah meresapi dalam semangat dan jiwa ku....aku bersyukur kepada Allah......

Ya Allah ya Tuhanku....kuatkan semangat ku....kuat kan azam ku utk meneruskan ibadah malam ku.....berilah kekuatan fizikal dan mental kepada ku.....campakkan perasaan sentiasa rindu kepada mu ya Allah.....sentiasa ingin bertemu dengan mu pada setiap mlm...... Ya Allah ya Tuhanku...Ampunkan lah segala dosa2 ku dalam mencari keredhaan mu......

lailatul qadar

Ya Allah Ya Tuhanku......temukan lah aku dan isteriku dengan mlm lailatul qadar....berikankanlah kami kekuatan fizikal dan mental dlm menghadapi mlm lailatulqadar.....berikanlah kami rahmat mu ya Allah....

kami berusaha mencari malam ini.....dalam keadaan mlm yg penuh kepenatan......puasa yang berbaki lagi 7 hari....adakah malam ini telah berlalu atau belum lagi berlalu.....aku tidak tahu mcm mana rasanya mendapat mlm yg lebih baik dari 1000 bulan ini.......tak sabar utk merasanya,cuma adakah kami akan terpilih utk mendapatkan mlm 1000 bln ini? hanya Allah yg maha mengetahui....kami hanya cuba berusaha utk mendapatkanya.........




Monday 8 August 2011

ramadhan al-karimm

Hari aku menulis ini jatuh 8 ramadhan....Alhamdullillah....sampai jugak aku ke bulan ramadhan.....ramadhan yg seterusnya tidak kita ketahui kerana ia adlah tergolong dlm mafathihul ghaib....hanya Allah yg mengetahuinya.....

Ya allah Ya Tuhanku.....Ya Rahman Ya Rahhim.....aku bersyukur pada mu kerana di beri kesempatan kepada ku untuk menghirup nafas di ramadhan karimm yang ke-8 ini semoga engkau panjangkan umurku utk kesekian ramadhan dan ke tahun ramadhan yg lain.....amin.....

sebenarnya setelah 35 tahun umurku baru tahun ini aku merasa betapa nikmatnya puasa.....sebelum ini aku hanya berpuasa dan melakukan semua ibadah dlm bln puasa tetapi aku tidak merasa nikmat.....tapi berbeza pada kali ini....mgkn kah ini dikatakan hidayah? atau petunjuk dari Allah? Atau mabrurnya umrahku?
yang aku pasti ialah, aku dan isteriku cuba berpuasa sambil mengerjakan umrah di mekah dalam keadaan cuaca yang amat panas.....melakukan ibadah tawaf dan sa ie.....berbuka hanya meneguk air zam zam dan memakan beberapa biji kurma tiada selain dari itu.......mgkn kerana itu aku diberikan nikmat berpuasa....bermula dari aku balik dari umrah sampai ke bulan ramadhan ini aku sentiasa merasa nikmat puasa yang tak henti2........Allhamdulillah.......

satu lagi nikmat yang aku dapat ialah.....dashatnya malam......

sebelum ini aku kerap kali jugak bgn malm utk bersolat tahajud....tetapi tidak kerap....mgkn 3 atau 4 bln sekali.....kecuali bln ramadhan.....aku tidak pernah merasa apa2....sekadar melakukannya sebagai tuntutan seorang islam yang cuba mematuhi perintah khaliqnya......apa yg aku dapat ialah aku sentiasa mengantuk dan lepas ni tak buat lagi dah....kalau nak buat pun tunggu hari cuti la.....

selama hampir 10 hari aku bertahajud, bertaubat dan bertasbih di madinah dan mekah.....aku telah berjaya melakukannya di tanah air ku tanpa henti......setiap malam akau dapat melakukannya dengan penuh rasa kecintaan kepada Allah.....apabila malam menjelma aku tak sabar menanti subuh.....untuk bgn seawal 4.15 pg untuk bertahajud,bertaubat,berhajat dan bertasbih kalau sempat, berwitir dan terus subuh di masjid.....Alhamdullillah......aku tidak pernah merasa mengantuk...malah tak sabar nak menunggu subuh esoknya pulok......aku merasa ketenangan, kelembutan malam....aku dapat berkata-kata dengan Allah tanpa gangguan dari sesiapa....cuma kalau terlewat skit akan berselang dengan tahrim dari masjid,sedikit terganggu emosi ku.....tetapi tidak mengapa...kerana aku merasakan apa yg perlu aku katakan pada rabbul jalil telah sampai......aku tidak mengharapkan apa2...cuma keberkatan hidup.....bahagia di dunia dan akhirat......di murahkan rezeki supaya aku dapat bersedekah sebanyak mgkn kepada org yang memerlukan.......

niatku......

walaupun aku ni blh dikatakan level brutal la jugak.....ganaz tahap ke 4.....tapi dlm hatiku ada satu niat atau pun hasrat......aku hendak bersedekah sebanyak mgkn....aku hndak menolong org yang sush...org fakir,org miskin,anak yatim.......dah lama aku inginkan....cuma aku masih belum di beri kelapangan dari segi kewangan, dri segi masa....dan sebagainya.....hati aku mudah tersentuh apabila melihat anak2 mintk sedekah.....bdk2 kecik yg kononnya bdk tahfiz meminta sedekah.....aku akan bagi jugak walau berapa yg ada....biarla dia nak tipu ke apa ke.....yg penting niat aku......

Ya Allah Ya Razzaq.....jika aku di beri kekayaan dunia....jgnlah engkau alpakan aku dengan kekayaan tersebut.......jadikanlah aku org yg pling fakir diantara yang fakir dalam memberi sedekah......jadikanlah niatku ini sebagai perisaiku dari api neraka mu Ya Allah....aku tidak mempunyai harta yang banyak....duit yg banyak....tapi aku tetap bersyukur kepada mu Ya Allah kerana engkau sentiasa mem berikan aku kemurahan hatiku utk memberi kepada org walau pun aku sendiri tiada apa2.......semoga engkau tebalkanlah imanku.....amin ya rabb.....

malaikat ramdhan

hari ini sewaktu aku keluar dari petronas setelah memindhkan wang isteriku kepada bapa mertuaku....aku di usik oleh seorang tua yg tidak aku kenali......dia meminta RM 3 dengan aku...katanya dompetnya jatuh tak tau di mana...dia ingin mengisi minyak motor. katanya hendak balik ke kuala lumpur.....aku melihat motornya....sebijik kapcai dengan beg sederhana besar di belakangnya....aku pun tanpa berbicara panjang terus mengeluarkan not merah RM10....dia pulangkan balik.....dia hanya hendak RM3 sahaja.....aku katakan aku tiada duit kecil....ambik lah pakcik semoga pak cik selamat sampai.......dia seperti hendak mengalir air mata.....di bulan ramdhan ini mgkn dia diberi ujian oleh Allah....aku hanya membantu......setelah itu ada org lain yang dtg kepadanya dan menghulurkan RM 3...dia terus menolak....katanya dia dah cukup......mgkn dia dah berjumpa dengan org tu sebelum ketemui aku......mgkn org itu was-was....maklumlah duit...walau pun RM3 sahaja....tapi bila melihat aku memberi RM10 tanpa berbicar panjang......dia pun hendak memberi....
mgkn dia lupa ini bln ramadhan........jgn bakhilkan diri dengan org yg meminta......

Ya Allah....selamatkan lah pak cik tadi....sampaikan lah destinasinya.....mgkn ada isteri yang menunggu...anak yg kelaparan menunggu......selamatkan lah perjalanannya.......amin ya rabb.....

Bonus Ramdhan

Alhamdulillah....hari ini di berikan berita sedikit gembira buat penawar walau pun ada sedikit ralat keadilan......penjawat awam diberikan bonus raya setengah bulan gaji........bagi yg bergaji besar byk la dapat....bg yg gaji kecik sikit la dpt.....yg kaya makin kaya....yg miskin sedikit ajer terubat.....blh la membeli pakaian raya anak berharga rm 15 seorang.......yg kaya blh membeli baju anak berharga rm 30- 40 seorang.......jurang perbezaan yg tidak di ambil kira....mgkn kerajaan telah memikirkan cara yang terbaik....berbaik sangka la......di bulan ramadhan ni......walau pun tertindas...semoga sentiasa mendapat pahala puasa yg penuh......

Ya allah Ya tuhan ku....berkatilah rezeki yg ku perolehi......halalkan la duit yang aku dapat ini.....jadikanlah duit ini sebahagian utk aku sedekahkan kepada fakir miskin....amin ya rabbb