Monday 3 December 2012

end of the year

Cuti-cuti

Yahoooooooo.....cuti panjang kembali lagi, semua pelajar sekolah dan guru-guru umumnya bergembira apabila sampai masa cuti yang panjang. aku salah seorang yang terlibat sama. Ramai yang merasa sedikit cemburu dengan status yang aku hadapi. Bayangkan, tidak melakukan kerja hampir 2 bulan, gaji jalan, siap bonus lagi. Ha ha ha ha ha, dah itu bahagian yang patut aku terima. walaupun begitu, ramai antara guru-guru yang bertugas walaupun cuti telah berlarutan hampir 3 minggu tanpa disedari. Bagi guru yang menjaga peperiksaan yang akan tamat tidak lama lagi, harap bersabar kerana anda semua sedang melakukan tugasan yang fardhu kifayah tu, bkn semua guru yang hendak, tapi andalah yang terpilih. Bagi guru-guru yang sibuk menanda kertas peperiksaan yang telah berlalu atau yang akan berlalu tidak lama lagi, harap dapat lah memberikan komitmen yang baik untuk anak bangsa dan negara. Anda adalah tonggak negara yang menjalankan tugasan di luar waktu kerja, mengambil bahagian cuti masing dan berkorban untuk anak bangsa. semoga anda semua mendapat ganjaran yang setimpalnya.

Rutinku

setiap pagi aku akan pastikan semua kerja-kerja rumah akan aku bereskan mengikut cara aku sendiri. mana yang sempat aku libas, aku libas, mana yang sempat aku tendang, aku tendang, mengikut keadaan pagi yang dilalui. setelah selesai urusan di rumah sebagai membantu meringankan beban isteri yang bekerja sampai petang, aku akan mengorak langkah ke bandar temerloh untuk mendapatkan sesuap nasi pula. Biasanya dalam jam 9.00 pagi aku akan sampai di kantin pejabat untuk membantu sahabatku menjalankan operasi perniagaan kecil-kecilan, sambil aku menjamah sarapan pagi,aku akan membuat air untuk pelanggan yang hadir kesitu. bukan lah menjadi kepakaran aku membuat air,tetapi apabila telah berhari-hari, maka telah menjadi cekap atau expert, he he he he bkn puji diri tapi hakikat, kerana mana-mana orang pun akan begitu kalau dah hari-hari buat menda yang sama.

Darah O darah

sepanjang cuti yang telah ku lalui, aku telah alpa dengan kenikmatan dunia, kerana Allah telah mengizinkan untuk aku mengecapi kelazatan makanan yang telah Allah kurniakan kepada hambanya. Aku rasa kambing dan durian telah membuatkan aku telah lupa kepada bersederhana dalam menikmati makanan. kedua makanan ini adalah kegemaran, biasanya aku cukup menjaga kadar makanan yang masuk dalam mulut aku kerana aku sentiasa beringat akan bahayanya makan dengan banyak, tetapi kali ini Allah telah memadamkan memori aku tetang bahayanya, lalu dengan lahapnya aku telah menelan mereka tanpa ada rasa takut dan bersalah langsung. Apabila nafsu sudah mengusai tanpa ingat kepada Allah, maka Allah pun tanpa ada isyarat telah menghadiahkan kepadaku dengan bacaan darah yang cukup baik iaitu 200/120!!! wau!!! cukup takut doktor yang merawatku, lalu di transfernya aku ke hospital besar temerloh, dalam bab ini aku pula yang ketakutan, he he he he.....dalam keadaan yang tegang itu timbul idea untuk pergi ke klinik yang lain, he he he he, kuat lari ni, apabila di ambil bacaan darah turun la sedikit sahaja, iaitu 180/120!!!, he he he he, tapi disini aku dibekalkan dengan ubat dan disuruh balik untuk berehat dan tido degan cukup. Alhamdulillah sehingga hari ini keadaan aku telah beransur pulih.

"Ya Allah Ya tuhanku, Ampunkanlah dosa-dosaku, kerana alpa kepada Mu Ya Allah. Ya Allah Ya tuhanku, berikanlah kesihatan yang baik kepadaku, supaya aku dapat beribadat dan mengigatiMU sentiasa. Ya Allah Ya tuhanku, Kau berikanlah ganjaran kepada org2 yang membantuku, terutama kedua ibu bapaku, isteriku, mentuaku dan sahabat2 ku."

Thursday 25 October 2012

Rezeki

sejak kebelakangan ini aku dan sahabat aku banyak mendapat projek, secara tak di sangka-sangka. aku menganggap semua ini adalah rezeki dari Allah Taala, kerana tiada satu projek pun yang kami melobi, datang secara tiba-tiba. aku tidak kisah semua ini atas rezeki siapa, yang penting ianya halal dan tiada unsur2 rasuah. mungkin Allah memberi rezeki kepada sahabat ku yang akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, rezeki orang berdarah manis kot, tak kisah lah, yang penting kami terpaksa memberikan performance yang terbaik. setiap minggu yang pasti 1 catering untuk pejabat agama dalam sessi tazkirah pagi jumaat. Boleh dikatakan tak putus-putus order yang yang kami terima. yang paling ketara apabila kami diminta untuk menyediakan makan untuk 200 orang sempena majlis tahlil sempena keputeraan sultan Pahang, dan di hari berikutnya pula menyediakan makanan untuk 500 orang bagi majlis ceramah yang dianjurkan oleh pejabat daerah yang bertemakan 'cintakan bahasa' yang mana penceramahnya adalah al-fadhil ustaz badlishah. Apabila projek yang berkaitan dengan masjid ni, kami tak akan mengambil untung yang berlebihan, jadi projek tersebut kami usahakan sendiri, aku,sahabat aku dan isteri aku. hampir lembik badan kerana lama dah tak mendapat projek yang besar-besar ni, Alhamdulillah.....terima kasih Allah kerana memberi rezeki kepada Hambamu....

Aidil Adha

esok, 26 oktober 2012, semua umat islam didunia akan merayakan hari raya Aidil Adha, dan semua umat Islam di mekah akan wukuf di Arafat, dan bermula lah haji mereka. subhanallah, teringin rasanya nak kesana, tapi belum lagi mendapat green light dari Allah. semua umat islam akan mengadakan ibadah korban yang telah dilakukan oleh Nabi kita Ibrahim alaihissalam, apa yang berlaku dalam fenomena sekarang ini adalah umat islam di malaysia lebih mengutamakan bilangan binatang yang dikorbankan. kita secara tidak sengaja akan bertanya, " berapa ekor korban di masjid awk nanti?" sikit la tu, tempat saya 16 ekor.... kata2 sebegini sebenarnya akan menyebabkan timbul perasaan riak, ujub dan takabur dalam diri. amalan sebegini dah menjadi lumrah, setiap yang berkemampuan akan melakukan ibadah korban setiap tahun. seperti mana dalam satu  hadis sohih "daripada abu Hurairah r.a., sabda Rasullullah SAW." barang siapa berkemampuan melakukan korban tetapi tidak melakukannya maka janganlah dia hadir tempat sembahyang kami". imam Asyafie  berkata " org yang mempunyai lebihan makan dan minum dan pakai pada hari nahr(10 zulhijjah) dan pada hari2 tasyrik (11,12,13 zulhijjah). hadis ini menjadi dorongan kepada semua umat islam yang berjaya menghayati islam yang syumul ini. cuma diharapkan kepada umat Islam agar tidak terlalu berbangga dengan bilangan ekor binatang yang dikorbankan keran di bimbangi akan menjadi dosa lain pula dalm mencari pahala.


Monday 15 October 2012

Interview

15/10/2012
Isnin
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
8.00 pagi

perjalanan
Bermula jam 6.30 pagi, aku memulakan langkah untuk ke kuantan setelah balik dari masjid kg kelibang menunaikan solat subuh berjemaah. aku menunggu pemandu aku iaitu sahabat baik aku di tol temerloh sebagai satu cara untuk menjimatkan masa. kami bertolak dengan kelajuan yang agak selamat tapi laju lah juga kerana pemandu aku ni memang slow bawak kereta,tapi emergency punya pasal, tekan lah juga minyak tu...

lebih kurang sejam kami telah sampai di exit tol kuantan, laju, tapi bila dah masuk kuantan kereta pulak banyak. time org bandar keluar kerja, ikut ajer lah kerana masa masih ada. kami sampai pada pukul 8.15 pagi, tersasar dari masa sepatutnya sampai pukul 8.00 pagi,tapi tak pa lah kerana kami selamat.

pendaftaran
apabila kereta telah parking, aku pun mula lah memakai stokin,kasut dan memperkemaskan diri dengan tali lehernya dan memakai kot yang telah lama kau tak pakai. memulakan langkah dengan berani dan ucpan bismillah, aku terus menuju ke banggunan wisma Pahang dimana terletaknya suruhanjaya perkhidmatan awam negeri pahang. aku menyusun langkah dengan gagah dan penuh keyakinan kerana aku menyangkakan tempat temuduga aku ketahui. sambil melangkah, tiba-tiba aku di sapa oleh seseorang yang aku kenali, "kashaf" "kashaf"....aku berpaling dan melihat rakan sekerjaku memanggil, rupanya aku tersalah tempat, nasib baik ada yang mengenali aku....aku buat selamba ajer kononnya aku sahaja nak tinjau ke depan lagi, padahal aku tak tau pun tempat tu....syukur kepada Allah yang telah mempermudahkan perjalanan ku pada hari ini.

tandas
setelah mendaftar denga pegawai yang bertugas dengan menyemak semua sijil salinan dan asal, aku di beri nombor 8, angka yang cantik...ikut senarai nama aku yang teratas, ingat aku lah nombor satu,suka sangat sebab perut lapar, boleh makan awal,rupa-rupanya meleset, redha ajer lah dengan ketentuan Allah. setelah sesi temuduga bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami yang lain dibenarkan pergi makan, tapi aku menghadapi masalah perut, meragam pagi2,memang tabiat aku...aku pun mencari tandas, dengan tawaf masjid negeri, apabila jumpa tandas, memusing mencari tandas duduk, rupanya tiada di situ,masjid punya besar takda tandas untuk OKU macam aku,penat berjalan,perut sakit lagi,lapar lagi, aku sabar kan diri keluar semula untuk mencari tandas lain, pergi ke tandas wisma pun tetap tak da, mereka ni tak mesra pelanggan betul la..aku kembali ke kereta dengan hampa. aku terpaksa menahan perut seboleh yang mungkin dan aku berjaya sehingga ke akhir sesi temuduga aku.

temuduga
aku difahamkan bahawa salah seorang panel adalah dari JAIP dan aku mendapat maklumat panel tersebut ialah nama yang amat aku kenal,rupanya abang kepada salah seorang rakan sekerja aku, Alhamdulillah, selamat rasanya, mesti tak banyak soalan. apabila tiba giliran aku, au memberi salam dan terus masuk. terdapat 4 orang panel, 3 bergelar dato' dan satu belum lagi dato'. aku menyerahkan segala sijil kepda panel. dan aku disuruh duduk seperti orang yang bersalah, 4 lawan 1. aku memperkenalkan diri aku dengan menceritakan serba sedikit perihal diriku. kesimpulan yang aku buat ialah hanya ada satu sahaja soalan yang berkaitan dengan temuduga iaitu berkaitan dengan sistem pemerintahan negara dan dikaitakan pula dengan raja berpelembagaan, yang adala borak2 kosong sahaja. sebelum aku keluar satu soalan cepumas diberikan, dato' bertanya, berapa berat badan awk? ha ha ha ha...dengan gelak aku menjawab 127 kg, terkini tak pasti... ada mengalami penyakit? aku menjawab: setakat ini belum ada kerana walaupun gemuk tapi aku mengawal pemakan supaya seimbang. he he he he...bkn menipu tapi menjawab dengan jawapan yang terus mati...check mate.

Ya Allah Ya Tuhanku
kau berkatilah temuduga aku, kalau layak dan baik jalannya, kau bagi lah ruang untuk aku memakai gred 41 ini, jika ia menjadi kesusahan dan kepayahan atupun aku tidak layak, kau berikanlah kepada yang layak, cuma aku berharap aku akan mendapatkannya kerana ia memang hak yang sepatutnya aku miliki setelah berhempas pulas belajar. hanya engkau Ya Allah yang mengetahui segalanya.....amin......

Sunday 14 October 2012

Naik Tangga

DG 41

esok adalah hari yang mana aku akan di temuduga untuk menyandang gred DG 41, yang mana ijazah aku telah diperam selama  hampir 3 tahun, dan esok akan ku persembah kan kepada panel penemuduga yang akan menemuduga aku, dalam hidup aku selagi perkara itu masih memerlukan mulut untuk berkata,ia tidak menjadi kegusaran dalam hati aku, yang mengusarkan aku adalah apa2 menda yang berkaitan test yang bertulis.
aku ditawarkan dengan jawatan PPPS DG 41 (bahasa Arab), tawaran ini bukan la memenuhi kehendak yang sepatutnya,tapi tak pa la,yang penting menghadiri temuduga. aku akan jawab apa sahaja pertanyaan tanpa meninggalkan sebarang jawapan yang munasabah. apa yang aku harapkan adalah agar aku tergolong dari golongn yang trpilih.

ya allah ya rabb...aku bermohon kepada mu supaya mempermudhkan segala urusan dan pekerjaan esok. jdikanlah ia sebgi penambah rezeki aku. jadikanlah aku antara orng yang berjaya.

SMA

aku telah ditugaskan untuk menggantikan sahabat aku sebagai Ketua Pengawas SMA( sijil Menengah Agama) di sekolah SABK mahmudi kg. awah. aku menggantikan ust sanizam kerana dia telah menjaga PMR. aku cuba kuatkan semangat untuk memenuhi tuntutan ini. yang menjadi keberatan bagi diri aku adalh kerana aku tidak pernah menjaga peperiksaan SMA , bkn itu sahaja, malahan aku tidak pernah langsung menjaga peperiksaan besar sepanjang hidup aku, aku hanya akan berbekalkan semangat dan juga sedikit pengalaman menjaga peperiksaan prtengahn tahun dan juga akhir taun. aku betul2 mengharap agar semua nya akan berjalan lancar dan Allah permudahkan.


Monday 23 July 2012

Ramadhan Al-kareem....

           Ramadhan Al-Kareem Al-Mubarak telah datang lagi,begitu cepat masa berlalu,tanpa disedari,sepanjang bulan rejab dan syaaban tak putus2 doa dibaca,doa yg diajarkan oleh Nabi ( صلىالله عليه وسلم) kepada para sahabat ketika mana bulan rejab mula tiba, اللهم بارقلنا في رجبا وشعبا وبلغنا رمضن. Alhamdulillah,sampai juga aku di bulan yang paling mulia,bulan berkat,bulan seribu rahmat,bulan yang mana Allah limpahkan pahala yang tak terhingga. pahala yang tiada nilainya,hanya Allah yang tahu jumlah dan nilainnya.
     
        Ya Allah Ya Tuhanku, engkau lah Tuhan semesta alam, engkaulh Tuhan yang maha berkuasa,engkau lah tuhan pemberi rahmat,engkaulah penghapus segala dosa,engkaulah tuhan pemberi nikmat.

      Ampunkanlah dosa-dosaku, dosa isteriku, dosaa ibu-bapa ku, dosa ibu bapa mentua ku, dosa guru2 ku dan dosa kaum muslimin dan muslimat. berikanlah aku kekuatan dalam menempuh ibadah mu di bulan ramadhan ini, beriknlah kesihatan yang baik untuk aku terus menerus melakukan ibadah kepadamu Ya Allah. aku bermohon kepada mu, cukupkanlah rezeki yang telah engkau berikan kepadaku, berkatti lah ia,supaya dapat pula aku berkongsi dengan orang2 yang memerlukan yang telah engkau utuskan. Ya allah Ya Tuhanku,jadikan lah hambamu ini orang yang soleh, orang yang sentiasa mengigatimu, orang yang selalu bersyukur atas apa sahaj pemberian yang engkau berikan.



2012
ramadhan yang mana umurku mencecah 36 tahun dan isteriku 32 tahun, umur yang semakin matang dalam kehidupan, umur yang sepatutnya mencapai tahapgemilang dalam kehidupan, aku pasrah dengan keadaan yang Allah telah tentukan untuk hambanya, kerana hanya Allah yang tahu apa yang dia telah berikan kepada hambanya.23 julai 2012 ramadhan ke 3 adalah harijadi isteri ku, aku bukanlah tidak mahu meraikannya,tetapi ingin mengajar dalam keluargaku harijadi hanya kita ingati yang umur kita semakin meningkat,bukannya untuk diraikan dengan pesta,jamuan besaran, hadiah yang wajib, tetapi sekadar apa yang mampu dan ingat mengigati sesama diri. aku telah membelikan sepotong kek sebagai tanda ingatan ku terhadap hari tersebut, aku balik dlm keadaan senyap2 utk menyimpan kek didalam peti, kebetulan isteri ku telah selesai memasak makanan untukberbuka puasa, aku menyimpan kek di dalam peti dengan harapan isteriku tidak membuka peti. perancanganku berjaya sehingga semua kerja2 dapur aku sanggup lakukan. basuh pinggan, memasak cekodok dan membuat fresh oren untuk berbuka. isteri telah terlena setelai selesai solat asar. aku pun telah selesai semua kerja2 dan mengejutkan dia untuk berbuka.oelh kerana terlalu banyak kerja2 yang telah aku lakukan, aku pun terlupa sudah kek harijadi yang telah dibeli tadi,ingat nak buat suprise waktu berbuka, tetapi lauk pauk dan air batu fresh oren lebih menambat hatiku. apabila makanan telah tersumbat ke dalam perut dan kehausan telah hilang, barulah aku teringatkan kepada kektadi,aku pun terus ambik tanpa ada suprise dah.....tapi yang penting isteri aku tau yang aku masih ingat harijadinya,walaupun tidak ada yang istimewa.



Tuesday 3 April 2012

kembali

Setelah lama tidak menulis,kini aku kembali....pelbagai cerita dan perkara yang telah berlaku,ada perkara yg di ingati,dan ada perkara beralu pergi. pancaroba dunia meniti hari-hari tanpa disedari semakin tua umur kita. ayah dan ibu ku telah berangkat ke kota madinah al-munawarah untuk menunaikan umrah bersama seorang mak saudaraku. keberangkatan mereka diiringi dengan doa supaya mendapat umrah yg mabrur dan mendapat pahala yg banyak. selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. aku tidak memesan apa2,hanya doa yg dipinta. sejak aku melangkah kaki kesana,tak kan aku mintak apa2 dari org yg pergi kesana kecuali salam buat junjungan besar nabi kita dan doa utk diri ku bersama isteri. itulah kelebihan org yang pernah menjejaki kaki kesana. kalau diikutkan hati ini,mahu sahaj aku duduk disana,tapi aku tak tau apa sbb yg membolehkan aku duduk disana. aku tiada kepakaran khas yg membolehkan aku duduk disana. kadang-kadang aku berasa cemburu kepada rakyat Malaysia yang tinggal disana dengan kepakaran yang dimiliki mereka. aku tak tau apa yang boleh aku jual yang ada dalam diri aku ini untuk dijual kepada orang arab.

tapi aku pasrah kerana Allah dah tentukan nasib dan keadaan hidup seseorang itu. aku lebih rela menjadi pencinta kota madinah dan mekah. perindu makam nabi, masjid nabawi dan masjidil haram. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan isteri ku sebgai pengujung tetap disana. jemputlah aku dan isteri ke sana lagi.

rezeki

aku nampak rezeki yang Allah bagi kepadaku walaupun belum cukup,tapi aku cuba utk mencukupkan semua walaupun tetap tidak cukup...hutang menimbung yang membuatkan semakin tidak cukup, aku teringat kepada satu hadis nabi S.A.W "barangsiapa yang mengambil harta org lain, dia berniat hendak bayar,maka Allah akan tunaikan...dan barangsiapa yang mengambil harta org lain dan berniat tak nak bayar,awk akan tunaikan dan susahkannya". aku masih mempunyai niat utk membereskan,tapi belum cukup utk memenuhi semuanya..Allah lebih mengetahui apa yang berlaku kepada hambanya....Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah aku dari masalah hutang,dpatkan lah aku menyelesaikanya dengan sebaik dan secepat mgkn supaya aku berada dalam keimananmu Ya Allah.

aku teringat dengan satu kisah antara seorang anak dan seorang amirul mukminin,saidina Umar. suatu hari anak beliau menangis datang kepadanya, lalu bertanya la ayahnya,"wahai anakku,kenapa engkau menangis? lalu dijawab "aku menangis kerana diejek oleh rakan-rakan keran mempunyai banyak tampalan pada pakaian ku...lalu saidina umar melihat padanya pakaiannya yang telah mempunyai 12 tampalan dari kulit kambing. lalu ayah ini meminta anaknya utk pergi ke baitulmal dan meminjam sebanyak 14dirham dan katakan pada penjaga baitulmal supaya menolak elaun yang aku terima sebanyak 14 dirham pada bula akan datang. lalu pergila sang anak, apabila sampai disana petugas baitulmal memberi sepucuk surat kepada anak utk ayahnya, anaknya tadi memberi surat itu kepada ayahnya.lalu dibacakandungan surat tersebut..wahai amirulmukminin! sangupkah kamu memberi jaminan yang kamu akan hidu pada hari esok? bagaimana kamu mati dan meninggalkan hutang ini? lalu menangis lah sang ayah,dan berkata kepada anaknya,wahai anak ku.aku tak dapat menjamin aku akan hidup sampai hari esok utk membayar hutang ini,maka pergi lah kamu bermain semula dengan rakan mu...adakah kita seperti saidina umar? yang zuhud dan beriman kepada Allah? renung-renungkan lah.....

Wednesday 8 February 2012

Malam Khamis

Malam ini bermulalah kuliah magrib yg pertama dalam tahun 2012...aku sampai setelah azan berkumandang, hari hujan lebat..dalam hujan lebat aku redah untuk samapi ke surau,sebagai mengalas tugas dan amanah yg telah diberikan utk mengajar anak bangsa sendiri.....dalam hati aku mengatakan mgkn tiada orang kerana hujan yang lebat.....apabila aku sampai sahaja aku lihat pelajar-pelajar sedang menunaikan solat sunat qabliah magrib....aku pun menyusul....setelah hampir 5 minit berlalu hujan semakin lebat...aku pun terus menyuruh seorang pelajar untuk melaungkan qamat....aku terus ke depan menjadi imam......

setelah selesai tanggungjawab yang pertama...hujan pun telah reda,dan seorang demi seorang pelajar masuk ke surau,dan semakin ramai.....diikuti oleh pelajar perempuan....apabila suarau telah penuh,aku pun memulakan kuliah pada hari ini,dengan rujukan kitab fiqh minhaji....aku memulakan dengan lafaz2 yang mulia dan menyusul tajuk pertama iaitu bersuci......

setelah selesai kuliah magrib yang telah melewati waktu isyak,terus sahaj menunaikan solat isyak berjamaah,pelajar lelaki dan perempuan.....pelajar perempuan memerlukan imam lelaki untuk berjemaah bersama,aku benarkan,dengan sekali lagi aku menjadi imam....seusai solat isyak aku terus ke kereta untuk kemabali ke rumah,di awal perjalanan aku di panggil  oleh satu panggilan dari sahabat aku,mengajak untuk membasahkan tekak.....

setelah jam hampir pukul 10 malam aku pun bersurai,dan aku meneruskan perjalanan balik kerumah.....sampai sahaj ke rumah,aku terus menjeguk isteriku yang berada dalam bilik,sedang kesejukan berselimut,kerana memasang aircond.....patut la sejuk...nak rasa mcm mana duduk negara sejuk kot....hentam saje la labu....setelah menukar pakaian untuk tidur,sambil berbaring menonton tv,isteriku bertanya berulang kali,adakah aku syg padanya? aku menjawab sayang la....tapi byk mana? aku pun dengan selamba menjawab....sama byk dengan bubu....nama kucing kelabu peliharaan ku......isteriku menjuihkan mucung bibirnya.....byk itu ajer? aku menjawab...dah tu nak byk mana? he he he....gurauan manja antara suami isteri....tak kan lah sayang bini sama ngan kucing.....dah ada sorang ni,tak kan tak sayang,nak dapat yang lain bukannya mudah nak cari yang sama jiwa dan perasaan ni....ada satu ni pun dah cukup dah....nak tambah lagi? niat ada,buat belum tentu.....nanti bukan sedap yang dapat,tapi hidup makin parah adalah........kata orang,tak da sbb jgn dicari,tak da alasan jangan direka.....mampus diri menanti....biar la hidup dalam kejujuran,senang kerana tak payah nak berlakon....bukan senang nak jadi pelakon yang sirinya lama....sampai seumur hidup ni.....

sukan

buat masa ini adalah musim sukan sekolah,aku antara orang kuat dalam urusan ini,mujur lah aku mempunyai pembantu yang cukup cekap dalam mengendalikan pengurusan,aku rasa sudah tepat pilihan yang aku buat....disamping itu aku mendapat sokongan yang baik darii semua guru...terima kasih semua....kadang2 aku risau kerana mulut aku terlalu lazer dengan mereka,takut juga orang akan boikot apa yang aku buat,tapi Alhamdulillah,sambutan agak baik.....bukan tujuan aku nak lazer,tapi menegur dengan apa yang tak betul.....dan aku tak setuju...aku bukan orang yang nak simpan2.....kalau aku tak betuk boleh terus ajer ckp tanpa selindung2...aku memang boleh terima......apa2 pun terima kasih semua,bukan senang nak memuaskan hati orang....pening kepala memikirkan cara bagaimana nak menambat hati mereka dengan tugas2 yang aku rasa berat untuk dibuat........

Ya Allah ya tuhanku...permudahkanlah urusan ku....urusan sahabat2ku.....jadikanlah hati kami bersatu dalam ibadah kepadamu....jadikanlah kami orang2 yang beriman.....amin...