Wednesday 31 August 2011

syawal

29 ramadhan

Allhamdulillah....bersyukur kepada Allah kerana memanjangkan umurku sampai ke hari ini. akhir ramadhan....tidak pernah aku merasakan perasaan sebegini, yg mana aku berasa takut utk meninggalkannya....kerana masih belum berpuas hati dengan amalan dan perkara2 sunat yang telah aku lakukan dan amalkan pada ramadhan ini.

Ya allah Ya tuhanku....kau terimalah puasa ku pada tahun ini, kau ampunkan dosaku, kau terimalah taubatku, kau terimalah amalanku......semuanya aku lakukan kerana mu Ya Allah....tiada yang lain...hanya kau tuhan yang aku sembah dan hanya  engkaulah tuhan aku mohon pertolongan......amin......

Raya

aku dan isteri mengambil keputusan utk memasak sesuatu yang lain pada kali ini,bkn hendak berbangga tetapi hanya merasakkan kelainan untuk kepuasan diri sendiri sahaja......kami memutuskan untuk memasak rendang hijau burung puyuh dan rendang minang daging.....kami juga akan memasak ketupat nasi dan pulut.......hajat kami hanya satu...masak untuk diri sendiri dan keluarga,jika ada orang lain merasa itu menjadi rezeki mereka.....aku takut dengan pujian orang yang akan membuatkan terangkat diri sekejap tanpa disedari.....itulah sifat mazmumah yang sentiasa wujud dalam diri manusia....ditambah pula dengan bisikan syaitan yang memang telah berjanji untuk menyesatkan manusia selama mana masih berada di bumi........

bermula dari pagi lagi aku bersama isteri telah pergi ke kg jenderak untuk mengambil daun ketupat dengan orang kg tersebut. kami pergi ke rumah mak de, yang terkenal dengan kehebatan dalam mengayam ketupat kelapa atau pun palas....setelah itu kami balik dan bermula lah episod raya yang mana aku dan isteri bersilat di dapur untuk menyelesaikan misi yang telah di putuskan.....kami mengambil keputusan pada tahun ini untuk beraya di temerloh terlebih dahulu. pada ptg hari raya pertama kami akan pulang ke ipoh beraya disana.

bagi aku beraya di mana pun tidak mengapa,sebab Allah jadikan raya ini bkn untuk bersedih2 tetapi untuk bergembira kerana kemenangan kita berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan. tetapi jika dah dapat permit beraya di kg sendiri itu adalah peluang baik, cuma aku tidak dapat merasakan suasana balik kg. yang penting aku dapat berjumpa hampir separuh sanak saudar terdekatku...walaupun tidak semua....Alhamdullilah setelah hampir 4 tahun aku tidak berjumpa mereka dihari raya pertama...

pagi raya

aku bangun seawal pagi untuk bermunajat kepada Allah.....dalam satu hadis nabi, ada menyebut, Allah membuka pintu langit seluas-luasnya pada 5 keadaan,antaranya ialah pada mlm hari raya....aku tidak terlepas untuk merebut peluang ini agar segala doa2ku akan dikabulkan oleh Allah teritama doa taubat......

seusai aku subuh berjemaah di masjid,Alhadulillah,ramai juga jemaah yang hadir, aku dan isteri terus berkemas untuk kerumah ibu bapaku di temerloh jaya....kami kan bersarapan pagi di situ bersama2,yang penting lauk kegemaran ku ada di situ.....sebenarnya lauk kegemaranku bkn la sush untuk di buat,orang yang tak pandai masak pun blh buat,iaitu sardin......asalkan sardin,masak la ikut cara mana pun aku akan makan.....

kami solat sunat di surau lama temerloh jaya....ada lah dalam 3 saf.......di imamkan oleh anak muridku yang bekerja sebagai imam di cameron highland terpancar rasa kepuasan mendidik kerana berjaya menghasilkan seorang imam dan khutbahnya di baca oleh ustaz azmi seorang guru.....setelah selesai khutbah kami pulang kerumah mengikut jalan lain sebagai mengambil sunnah Nabi S.A.W......setelah itu kami hendak pergi ke kg halaman ku di kg paya luas temerloh.....kami pergi bersama adik ku dan 2 orang anak saudara......aku hanya sempat pergi ke 3 buah rumah sahaja kerana di situ sudah ramai saudar yang dapat kami jumpa, selebihnya kami berjumpa semula di rumah orang tua ku....kerana mereka berombongan ke situ kerana hendak mkn nasi minyak masakn ayahku.....

selepas selesai semua kami pun pulang ke rumah untuk berehat seketika sebelum pulang ke ipoh,dlm perjalanan,aku menerima panggilan dari sahabat lama yang hendak berjumpa,badan penat dah nak rehat,tapi mengenangkan sahabat,maka aku pun menerima dengan hati yang terbuka dan ikhlas,semoga kedatangan bersama berkat......

setelah sahabat ku pulang aku pun berehat seketika,tepat jam 6.30 ptg aku berangkat ke ipoh dalam keadaan yang aman dan tenteram kerana tiada kesesakan lalulintas berlaku....Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan ku......sampai di ipoh pada pukul 10.30 mlm....semua oran dah tidur kepenatan....kami pun terus ajer mkn ala kadar dan masuk tidur.......

No comments:

Post a Comment