Wednesday 13 July 2011

ujian Allah

kepada seluruh alam....aku ingin menyatakan sedikit rasa di hati.....tapi aku pasrah.......pada 5/7/2011 aku telah mendapat jawapan tentang permohonan pinjaman perumahanku....apa yang menyentakhatiku adalah pinjaman tersebut hanya diluluskan sebanyak 85% sahaja dari harga rumah yang akan aku beli.....

rumah ku beli berharga RM 218,600 . pinjaman aku hanya lulus sebanyak RM 186,600 sahaja.....pinjaman yang aku buat ini adalah pinjaman kerajaan....aku tidak paham tentang kemudahan pinjaman perumahan pertama yang di wartakan oleh kerajaan baru2 ini...nampak mavam memberikan perhargaan kepada rakyat yang tidak mempunyai rumah tapi aku tak dapat nak merasakan kegembiraan perdana menteri malaysia yang mengumumkan tentang pinjaman perumahan yang membantu golongan seperti ku.....

sampai bila baru aku boleh memiliki rumahku sendiri? selain dari rumah hakiki yang telah tersedia di mana2....sistem pinjaman perumahan perlu di kaji semula dengan mempunyai pautan dengan semua bahagian pentadbiran perkhidmatan yang mana mengendalikan perkhidmatan seseorang.....

setiap penjawat awam akan naik gaji pada setiap tahun. penjawat awam juga akan ada kenaikan pangkat selama 10 tahun berkhidmat. apabila perkara ini berlaku adalah bermakna gaji setiap penjawat awam akan sentiasa naik....sepatutnya bahagian perumahan kena ada pautan dengan mereka....

akan tetapi aku akan cuba berusaha lagi untuk mendapatkan pinjaman lebih.....mungkin aku di duga oleh Allah....aku pasrah dengan ketentuan Allah....tetapi aku perlu memiliki rumah untuk aku sediakan kepada isteriku....bakal anak2 ku...menempatkan orang2 tuaku nanti....

Ya Allah Ya tuhanku.....berilah aku peluang untuk memiliki rumah dunia yang menjadi tempat untuk aku dan isteri beribadat.....menjalani kehidupan beribadah......tempat berteduh sementara......Ya Allah...ampunkanlah aku atas segala dosa2ku.....Dosa isteriku.....untuk memudahkan nikmat mu dan rahmatmu sampai kepada kami......amin......

No comments:

Post a Comment