Sunday 14 October 2012

Naik Tangga

DG 41

esok adalah hari yang mana aku akan di temuduga untuk menyandang gred DG 41, yang mana ijazah aku telah diperam selama  hampir 3 tahun, dan esok akan ku persembah kan kepada panel penemuduga yang akan menemuduga aku, dalam hidup aku selagi perkara itu masih memerlukan mulut untuk berkata,ia tidak menjadi kegusaran dalam hati aku, yang mengusarkan aku adalah apa2 menda yang berkaitan test yang bertulis.
aku ditawarkan dengan jawatan PPPS DG 41 (bahasa Arab), tawaran ini bukan la memenuhi kehendak yang sepatutnya,tapi tak pa la,yang penting menghadiri temuduga. aku akan jawab apa sahaja pertanyaan tanpa meninggalkan sebarang jawapan yang munasabah. apa yang aku harapkan adalah agar aku tergolong dari golongn yang trpilih.

ya allah ya rabb...aku bermohon kepada mu supaya mempermudhkan segala urusan dan pekerjaan esok. jdikanlah ia sebgi penambah rezeki aku. jadikanlah aku antara orng yang berjaya.

SMA

aku telah ditugaskan untuk menggantikan sahabat aku sebagai Ketua Pengawas SMA( sijil Menengah Agama) di sekolah SABK mahmudi kg. awah. aku menggantikan ust sanizam kerana dia telah menjaga PMR. aku cuba kuatkan semangat untuk memenuhi tuntutan ini. yang menjadi keberatan bagi diri aku adalh kerana aku tidak pernah menjaga peperiksaan SMA , bkn itu sahaja, malahan aku tidak pernah langsung menjaga peperiksaan besar sepanjang hidup aku, aku hanya akan berbekalkan semangat dan juga sedikit pengalaman menjaga peperiksaan prtengahn tahun dan juga akhir taun. aku betul2 mengharap agar semua nya akan berjalan lancar dan Allah permudahkan.


No comments:

Post a Comment