Tuesday 3 April 2012

kembali

Setelah lama tidak menulis,kini aku kembali....pelbagai cerita dan perkara yang telah berlaku,ada perkara yg di ingati,dan ada perkara beralu pergi. pancaroba dunia meniti hari-hari tanpa disedari semakin tua umur kita. ayah dan ibu ku telah berangkat ke kota madinah al-munawarah untuk menunaikan umrah bersama seorang mak saudaraku. keberangkatan mereka diiringi dengan doa supaya mendapat umrah yg mabrur dan mendapat pahala yg banyak. selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. aku tidak memesan apa2,hanya doa yg dipinta. sejak aku melangkah kaki kesana,tak kan aku mintak apa2 dari org yg pergi kesana kecuali salam buat junjungan besar nabi kita dan doa utk diri ku bersama isteri. itulah kelebihan org yang pernah menjejaki kaki kesana. kalau diikutkan hati ini,mahu sahaj aku duduk disana,tapi aku tak tau apa sbb yg membolehkan aku duduk disana. aku tiada kepakaran khas yg membolehkan aku duduk disana. kadang-kadang aku berasa cemburu kepada rakyat Malaysia yang tinggal disana dengan kepakaran yang dimiliki mereka. aku tak tau apa yang boleh aku jual yang ada dalam diri aku ini untuk dijual kepada orang arab.

tapi aku pasrah kerana Allah dah tentukan nasib dan keadaan hidup seseorang itu. aku lebih rela menjadi pencinta kota madinah dan mekah. perindu makam nabi, masjid nabawi dan masjidil haram. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan isteri ku sebgai pengujung tetap disana. jemputlah aku dan isteri ke sana lagi.

rezeki

aku nampak rezeki yang Allah bagi kepadaku walaupun belum cukup,tapi aku cuba utk mencukupkan semua walaupun tetap tidak cukup...hutang menimbung yang membuatkan semakin tidak cukup, aku teringat kepada satu hadis nabi S.A.W "barangsiapa yang mengambil harta org lain, dia berniat hendak bayar,maka Allah akan tunaikan...dan barangsiapa yang mengambil harta org lain dan berniat tak nak bayar,awk akan tunaikan dan susahkannya". aku masih mempunyai niat utk membereskan,tapi belum cukup utk memenuhi semuanya..Allah lebih mengetahui apa yang berlaku kepada hambanya....Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah aku dari masalah hutang,dpatkan lah aku menyelesaikanya dengan sebaik dan secepat mgkn supaya aku berada dalam keimananmu Ya Allah.

aku teringat dengan satu kisah antara seorang anak dan seorang amirul mukminin,saidina Umar. suatu hari anak beliau menangis datang kepadanya, lalu bertanya la ayahnya,"wahai anakku,kenapa engkau menangis? lalu dijawab "aku menangis kerana diejek oleh rakan-rakan keran mempunyai banyak tampalan pada pakaian ku...lalu saidina umar melihat padanya pakaiannya yang telah mempunyai 12 tampalan dari kulit kambing. lalu ayah ini meminta anaknya utk pergi ke baitulmal dan meminjam sebanyak 14dirham dan katakan pada penjaga baitulmal supaya menolak elaun yang aku terima sebanyak 14 dirham pada bula akan datang. lalu pergila sang anak, apabila sampai disana petugas baitulmal memberi sepucuk surat kepada anak utk ayahnya, anaknya tadi memberi surat itu kepada ayahnya.lalu dibacakandungan surat tersebut..wahai amirulmukminin! sangupkah kamu memberi jaminan yang kamu akan hidu pada hari esok? bagaimana kamu mati dan meninggalkan hutang ini? lalu menangis lah sang ayah,dan berkata kepada anaknya,wahai anak ku.aku tak dapat menjamin aku akan hidup sampai hari esok utk membayar hutang ini,maka pergi lah kamu bermain semula dengan rakan mu...adakah kita seperti saidina umar? yang zuhud dan beriman kepada Allah? renung-renungkan lah.....

No comments:

Post a Comment