Monday 3 December 2012

end of the year

Cuti-cuti

Yahoooooooo.....cuti panjang kembali lagi, semua pelajar sekolah dan guru-guru umumnya bergembira apabila sampai masa cuti yang panjang. aku salah seorang yang terlibat sama. Ramai yang merasa sedikit cemburu dengan status yang aku hadapi. Bayangkan, tidak melakukan kerja hampir 2 bulan, gaji jalan, siap bonus lagi. Ha ha ha ha ha, dah itu bahagian yang patut aku terima. walaupun begitu, ramai antara guru-guru yang bertugas walaupun cuti telah berlarutan hampir 3 minggu tanpa disedari. Bagi guru yang menjaga peperiksaan yang akan tamat tidak lama lagi, harap bersabar kerana anda semua sedang melakukan tugasan yang fardhu kifayah tu, bkn semua guru yang hendak, tapi andalah yang terpilih. Bagi guru-guru yang sibuk menanda kertas peperiksaan yang telah berlalu atau yang akan berlalu tidak lama lagi, harap dapat lah memberikan komitmen yang baik untuk anak bangsa dan negara. Anda adalah tonggak negara yang menjalankan tugasan di luar waktu kerja, mengambil bahagian cuti masing dan berkorban untuk anak bangsa. semoga anda semua mendapat ganjaran yang setimpalnya.

Rutinku

setiap pagi aku akan pastikan semua kerja-kerja rumah akan aku bereskan mengikut cara aku sendiri. mana yang sempat aku libas, aku libas, mana yang sempat aku tendang, aku tendang, mengikut keadaan pagi yang dilalui. setelah selesai urusan di rumah sebagai membantu meringankan beban isteri yang bekerja sampai petang, aku akan mengorak langkah ke bandar temerloh untuk mendapatkan sesuap nasi pula. Biasanya dalam jam 9.00 pagi aku akan sampai di kantin pejabat untuk membantu sahabatku menjalankan operasi perniagaan kecil-kecilan, sambil aku menjamah sarapan pagi,aku akan membuat air untuk pelanggan yang hadir kesitu. bukan lah menjadi kepakaran aku membuat air,tetapi apabila telah berhari-hari, maka telah menjadi cekap atau expert, he he he he bkn puji diri tapi hakikat, kerana mana-mana orang pun akan begitu kalau dah hari-hari buat menda yang sama.

Darah O darah

sepanjang cuti yang telah ku lalui, aku telah alpa dengan kenikmatan dunia, kerana Allah telah mengizinkan untuk aku mengecapi kelazatan makanan yang telah Allah kurniakan kepada hambanya. Aku rasa kambing dan durian telah membuatkan aku telah lupa kepada bersederhana dalam menikmati makanan. kedua makanan ini adalah kegemaran, biasanya aku cukup menjaga kadar makanan yang masuk dalam mulut aku kerana aku sentiasa beringat akan bahayanya makan dengan banyak, tetapi kali ini Allah telah memadamkan memori aku tetang bahayanya, lalu dengan lahapnya aku telah menelan mereka tanpa ada rasa takut dan bersalah langsung. Apabila nafsu sudah mengusai tanpa ingat kepada Allah, maka Allah pun tanpa ada isyarat telah menghadiahkan kepadaku dengan bacaan darah yang cukup baik iaitu 200/120!!! wau!!! cukup takut doktor yang merawatku, lalu di transfernya aku ke hospital besar temerloh, dalam bab ini aku pula yang ketakutan, he he he he.....dalam keadaan yang tegang itu timbul idea untuk pergi ke klinik yang lain, he he he he, kuat lari ni, apabila di ambil bacaan darah turun la sedikit sahaja, iaitu 180/120!!!, he he he he, tapi disini aku dibekalkan dengan ubat dan disuruh balik untuk berehat dan tido degan cukup. Alhamdulillah sehingga hari ini keadaan aku telah beransur pulih.

"Ya Allah Ya tuhanku, Ampunkanlah dosa-dosaku, kerana alpa kepada Mu Ya Allah. Ya Allah Ya tuhanku, berikanlah kesihatan yang baik kepadaku, supaya aku dapat beribadat dan mengigatiMU sentiasa. Ya Allah Ya tuhanku, Kau berikanlah ganjaran kepada org2 yang membantuku, terutama kedua ibu bapaku, isteriku, mentuaku dan sahabat2 ku."

No comments:

Post a Comment