Thursday 25 October 2012

Rezeki

sejak kebelakangan ini aku dan sahabat aku banyak mendapat projek, secara tak di sangka-sangka. aku menganggap semua ini adalah rezeki dari Allah Taala, kerana tiada satu projek pun yang kami melobi, datang secara tiba-tiba. aku tidak kisah semua ini atas rezeki siapa, yang penting ianya halal dan tiada unsur2 rasuah. mungkin Allah memberi rezeki kepada sahabat ku yang akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, rezeki orang berdarah manis kot, tak kisah lah, yang penting kami terpaksa memberikan performance yang terbaik. setiap minggu yang pasti 1 catering untuk pejabat agama dalam sessi tazkirah pagi jumaat. Boleh dikatakan tak putus-putus order yang yang kami terima. yang paling ketara apabila kami diminta untuk menyediakan makan untuk 200 orang sempena majlis tahlil sempena keputeraan sultan Pahang, dan di hari berikutnya pula menyediakan makanan untuk 500 orang bagi majlis ceramah yang dianjurkan oleh pejabat daerah yang bertemakan 'cintakan bahasa' yang mana penceramahnya adalah al-fadhil ustaz badlishah. Apabila projek yang berkaitan dengan masjid ni, kami tak akan mengambil untung yang berlebihan, jadi projek tersebut kami usahakan sendiri, aku,sahabat aku dan isteri aku. hampir lembik badan kerana lama dah tak mendapat projek yang besar-besar ni, Alhamdulillah.....terima kasih Allah kerana memberi rezeki kepada Hambamu....

Aidil Adha

esok, 26 oktober 2012, semua umat islam didunia akan merayakan hari raya Aidil Adha, dan semua umat Islam di mekah akan wukuf di Arafat, dan bermula lah haji mereka. subhanallah, teringin rasanya nak kesana, tapi belum lagi mendapat green light dari Allah. semua umat islam akan mengadakan ibadah korban yang telah dilakukan oleh Nabi kita Ibrahim alaihissalam, apa yang berlaku dalam fenomena sekarang ini adalah umat islam di malaysia lebih mengutamakan bilangan binatang yang dikorbankan. kita secara tidak sengaja akan bertanya, " berapa ekor korban di masjid awk nanti?" sikit la tu, tempat saya 16 ekor.... kata2 sebegini sebenarnya akan menyebabkan timbul perasaan riak, ujub dan takabur dalam diri. amalan sebegini dah menjadi lumrah, setiap yang berkemampuan akan melakukan ibadah korban setiap tahun. seperti mana dalam satu  hadis sohih "daripada abu Hurairah r.a., sabda Rasullullah SAW." barang siapa berkemampuan melakukan korban tetapi tidak melakukannya maka janganlah dia hadir tempat sembahyang kami". imam Asyafie  berkata " org yang mempunyai lebihan makan dan minum dan pakai pada hari nahr(10 zulhijjah) dan pada hari2 tasyrik (11,12,13 zulhijjah). hadis ini menjadi dorongan kepada semua umat islam yang berjaya menghayati islam yang syumul ini. cuma diharapkan kepada umat Islam agar tidak terlalu berbangga dengan bilangan ekor binatang yang dikorbankan keran di bimbangi akan menjadi dosa lain pula dalm mencari pahala.


No comments:

Post a Comment