Monday 23 July 2012

Ramadhan Al-kareem....

           Ramadhan Al-Kareem Al-Mubarak telah datang lagi,begitu cepat masa berlalu,tanpa disedari,sepanjang bulan rejab dan syaaban tak putus2 doa dibaca,doa yg diajarkan oleh Nabi ( صلىالله عليه وسلم) kepada para sahabat ketika mana bulan rejab mula tiba, اللهم بارقلنا في رجبا وشعبا وبلغنا رمضن. Alhamdulillah,sampai juga aku di bulan yang paling mulia,bulan berkat,bulan seribu rahmat,bulan yang mana Allah limpahkan pahala yang tak terhingga. pahala yang tiada nilainya,hanya Allah yang tahu jumlah dan nilainnya.
     
        Ya Allah Ya Tuhanku, engkau lah Tuhan semesta alam, engkaulh Tuhan yang maha berkuasa,engkau lah tuhan pemberi rahmat,engkaulah penghapus segala dosa,engkaulah tuhan pemberi nikmat.

      Ampunkanlah dosa-dosaku, dosa isteriku, dosaa ibu-bapa ku, dosa ibu bapa mentua ku, dosa guru2 ku dan dosa kaum muslimin dan muslimat. berikanlah aku kekuatan dalam menempuh ibadah mu di bulan ramadhan ini, beriknlah kesihatan yang baik untuk aku terus menerus melakukan ibadah kepadamu Ya Allah. aku bermohon kepada mu, cukupkanlah rezeki yang telah engkau berikan kepadaku, berkatti lah ia,supaya dapat pula aku berkongsi dengan orang2 yang memerlukan yang telah engkau utuskan. Ya allah Ya Tuhanku,jadikan lah hambamu ini orang yang soleh, orang yang sentiasa mengigatimu, orang yang selalu bersyukur atas apa sahaj pemberian yang engkau berikan.



2012
ramadhan yang mana umurku mencecah 36 tahun dan isteriku 32 tahun, umur yang semakin matang dalam kehidupan, umur yang sepatutnya mencapai tahapgemilang dalam kehidupan, aku pasrah dengan keadaan yang Allah telah tentukan untuk hambanya, kerana hanya Allah yang tahu apa yang dia telah berikan kepada hambanya.23 julai 2012 ramadhan ke 3 adalah harijadi isteri ku, aku bukanlah tidak mahu meraikannya,tetapi ingin mengajar dalam keluargaku harijadi hanya kita ingati yang umur kita semakin meningkat,bukannya untuk diraikan dengan pesta,jamuan besaran, hadiah yang wajib, tetapi sekadar apa yang mampu dan ingat mengigati sesama diri. aku telah membelikan sepotong kek sebagai tanda ingatan ku terhadap hari tersebut, aku balik dlm keadaan senyap2 utk menyimpan kek didalam peti, kebetulan isteri ku telah selesai memasak makanan untukberbuka puasa, aku menyimpan kek di dalam peti dengan harapan isteriku tidak membuka peti. perancanganku berjaya sehingga semua kerja2 dapur aku sanggup lakukan. basuh pinggan, memasak cekodok dan membuat fresh oren untuk berbuka. isteri telah terlena setelai selesai solat asar. aku pun telah selesai semua kerja2 dan mengejutkan dia untuk berbuka.oelh kerana terlalu banyak kerja2 yang telah aku lakukan, aku pun terlupa sudah kek harijadi yang telah dibeli tadi,ingat nak buat suprise waktu berbuka, tetapi lauk pauk dan air batu fresh oren lebih menambat hatiku. apabila makanan telah tersumbat ke dalam perut dan kehausan telah hilang, barulah aku teringatkan kepada kektadi,aku pun terus ambik tanpa ada suprise dah.....tapi yang penting isteri aku tau yang aku masih ingat harijadinya,walaupun tidak ada yang istimewa.



No comments:

Post a Comment