Monday 15 October 2012

Interview

15/10/2012
Isnin
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
8.00 pagi

perjalanan
Bermula jam 6.30 pagi, aku memulakan langkah untuk ke kuantan setelah balik dari masjid kg kelibang menunaikan solat subuh berjemaah. aku menunggu pemandu aku iaitu sahabat baik aku di tol temerloh sebagai satu cara untuk menjimatkan masa. kami bertolak dengan kelajuan yang agak selamat tapi laju lah juga kerana pemandu aku ni memang slow bawak kereta,tapi emergency punya pasal, tekan lah juga minyak tu...

lebih kurang sejam kami telah sampai di exit tol kuantan, laju, tapi bila dah masuk kuantan kereta pulak banyak. time org bandar keluar kerja, ikut ajer lah kerana masa masih ada. kami sampai pada pukul 8.15 pagi, tersasar dari masa sepatutnya sampai pukul 8.00 pagi,tapi tak pa lah kerana kami selamat.

pendaftaran
apabila kereta telah parking, aku pun mula lah memakai stokin,kasut dan memperkemaskan diri dengan tali lehernya dan memakai kot yang telah lama kau tak pakai. memulakan langkah dengan berani dan ucpan bismillah, aku terus menuju ke banggunan wisma Pahang dimana terletaknya suruhanjaya perkhidmatan awam negeri pahang. aku menyusun langkah dengan gagah dan penuh keyakinan kerana aku menyangkakan tempat temuduga aku ketahui. sambil melangkah, tiba-tiba aku di sapa oleh seseorang yang aku kenali, "kashaf" "kashaf"....aku berpaling dan melihat rakan sekerjaku memanggil, rupanya aku tersalah tempat, nasib baik ada yang mengenali aku....aku buat selamba ajer kononnya aku sahaja nak tinjau ke depan lagi, padahal aku tak tau pun tempat tu....syukur kepada Allah yang telah mempermudahkan perjalanan ku pada hari ini.

tandas
setelah mendaftar denga pegawai yang bertugas dengan menyemak semua sijil salinan dan asal, aku di beri nombor 8, angka yang cantik...ikut senarai nama aku yang teratas, ingat aku lah nombor satu,suka sangat sebab perut lapar, boleh makan awal,rupa-rupanya meleset, redha ajer lah dengan ketentuan Allah. setelah sesi temuduga bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami yang lain dibenarkan pergi makan, tapi aku menghadapi masalah perut, meragam pagi2,memang tabiat aku...aku pun mencari tandas, dengan tawaf masjid negeri, apabila jumpa tandas, memusing mencari tandas duduk, rupanya tiada di situ,masjid punya besar takda tandas untuk OKU macam aku,penat berjalan,perut sakit lagi,lapar lagi, aku sabar kan diri keluar semula untuk mencari tandas lain, pergi ke tandas wisma pun tetap tak da, mereka ni tak mesra pelanggan betul la..aku kembali ke kereta dengan hampa. aku terpaksa menahan perut seboleh yang mungkin dan aku berjaya sehingga ke akhir sesi temuduga aku.

temuduga
aku difahamkan bahawa salah seorang panel adalah dari JAIP dan aku mendapat maklumat panel tersebut ialah nama yang amat aku kenal,rupanya abang kepada salah seorang rakan sekerja aku, Alhamdulillah, selamat rasanya, mesti tak banyak soalan. apabila tiba giliran aku, au memberi salam dan terus masuk. terdapat 4 orang panel, 3 bergelar dato' dan satu belum lagi dato'. aku menyerahkan segala sijil kepda panel. dan aku disuruh duduk seperti orang yang bersalah, 4 lawan 1. aku memperkenalkan diri aku dengan menceritakan serba sedikit perihal diriku. kesimpulan yang aku buat ialah hanya ada satu sahaja soalan yang berkaitan dengan temuduga iaitu berkaitan dengan sistem pemerintahan negara dan dikaitakan pula dengan raja berpelembagaan, yang adala borak2 kosong sahaja. sebelum aku keluar satu soalan cepumas diberikan, dato' bertanya, berapa berat badan awk? ha ha ha ha...dengan gelak aku menjawab 127 kg, terkini tak pasti... ada mengalami penyakit? aku menjawab: setakat ini belum ada kerana walaupun gemuk tapi aku mengawal pemakan supaya seimbang. he he he he...bkn menipu tapi menjawab dengan jawapan yang terus mati...check mate.

Ya Allah Ya Tuhanku
kau berkatilah temuduga aku, kalau layak dan baik jalannya, kau bagi lah ruang untuk aku memakai gred 41 ini, jika ia menjadi kesusahan dan kepayahan atupun aku tidak layak, kau berikanlah kepada yang layak, cuma aku berharap aku akan mendapatkannya kerana ia memang hak yang sepatutnya aku miliki setelah berhempas pulas belajar. hanya engkau Ya Allah yang mengetahui segalanya.....amin......

No comments:

Post a Comment