Monday, 25 July 2011

IHYA' RASULULLAH S.A.W

MENCINTAI RASULULLAH SEBAHAGIAN DARI IMAN


daripada anas berkata ; bersabda nabi s.a.w: tidak beriman seseorang dari kamu sehingga menjadikan aku lebih dicintai daripada ayah dan ibu, anak2 dan manusia seluruhnya......

direkodkan oleh Bukhari

tidak benarlah seseorang itu pada keimanannya sehingga ia menjadikan nabi s.a.w lebih di cintai daripada orang yg paling mulia di sisi manusia. oleh itu iman yg sebenarnya yg menjadikan dirinya mantap akidah dan mencapai setinggi darjat di sisi Allah,berhak mendapat keredhaannya iaitu mereka yang mendorong untuk mengetahui hak2 nabi s.a.w. yang paling wajib dan kuat keatasnya daripada kemuliaan manusia keatasnya dan kasih syg ayah,ibu dan anak2nya.

Sunday, 24 July 2011

buku kerja

25 julai 2011 ( isnin)

subuh......
selesai bersolat subuh berjemaah, aku di sapa oleh seorang ustaz/imam.....dia mengheret ku kepada topik perbualan berkaitan dengan hal anaknya..... anaknya meminta duit untuk membayar buku kerja di sekolah....pelbagai reaksi dari imam ini dengan loghatnya......itu la ini la.....aku terpaksa mendengar dan dalam hati,kena uruskan la jugak.......

gaji......
hari ni orang kerajaan dapat gaji....aku turut meraikan hari gaji ini....lepas ajer kelas terus aku ke bank....ambik duit,nak bayar itu ini itu dan ini......abis duit.....setakat bln ini masih belum dapat simpan duit...........dah 2 bln tak simpan duit ni.....Ya Allah....permudahkanlah segala urusan ku.......

court maut.....
hari ni aku telah sah berbelanja sebanyak RM4030.00 untuk membeli peralatan rumah.....set meja makan 8 kerusi.....set bilik tidur.....percuma tilam RM 399.....dapat percuma tv 24" hisense.........parah aku....tambah pulok hutang aku lagi RM 173 sebulan......nampaknya aku kena byk lagi usaha untuk menambahkan pendapatan aku ni......cuma masih dlm pemikiran lagi kerana buat masa ini aku nak tumpukan pada ibadah aku sahaja......Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah urusan ku......

semalam.......

23 julai 2011 adalah hari jadi isteriku yang tercinta......jatuhnya pada hari sabtu.....aku cuba untuk membuat kejutan tapi tak jadi sbb duit aku tak blh keluar....hari jumaat aku pergi bank dan baru blh keluar....itu pun sebelah petang.....aku memang hendak membeli telefon bimbit baru kepadanya dalam nilaian RM 400.....jadi aku pun terus keluar sejumlah itu.....ahad.....aku pergi bersiar2 dengan isteriku, mkn tghari di luar, aku sengaja membawanya untuk bersiar2.....menyenangkan hati birthday women.......walau pun dia tak tau....aku ikutkan kehendaknya.....selepas makan aku membawanya ke kedai telefon.....dari satu kedai ke satu kedai aku jarah.....semuanya tidak membangkit selera kerana di temerloh ni semuanya mahal......mintak kurang sikit  pun susah.....sehingga la aku samapai di satu kedai bersebelahan public bank......di situ mcm ada aura nak kena beli dah telefon ni....dia membelek dari satu ke satu telefon sehinggalah samapai kepada sony ericson j20i dan satu model yang sama tapi touch screen.....dalam membelek2 tu nampak gaya mcm dah minat dah.....akhirnya jadilah.....dapat lah sebijik telefon yang dah lari baget aku.....memanar aku mencucuk duit.....sekali lagi bank aku menghadapi problem yg sama....nasib baik blh keluar RM150....cukup la untuk membayar harga telefon sebanyak RM 550.00 sahaja.......aku pasrah lagi untuk isteri tersayang......Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan lah urusn ku.....tambahkan lah rezekiku...berkatilah rezeki.....amin......

siti noraini......
aku memanggil anak kepada imam masjid di tempat tinggalku......apabila dia sampai aku bertanya: cikgu mana yang suruh bayar duit buku? sy nak tanya dia berapa kena bayar? , lalu dia menjawab: cikgu siti noraini.......semua guru gelak......' mana ada cikgu nama cikgu noraini dalam sekolah ni....kalau ada pun yang lama....dah pindah pun...siap jadi pengetua lagi.....setelah disiasat dan di uji....barulah diketahui, pelajar ini tak tau nama guru....hampir semua guru tidak diketahui namanya....masyaallah.....mcm mana nak berkat....nama guru yang mengajar pun tak tau.....aku memberi masa 10minit untuk dia mencari jumlah buku yang belum di bayar........sajer untuk bagi dia tugasan ajer.....tapi lewat jugak....dlm muka tak bersalah diamasuk dan memberikan senarai buku, nama guru dan jumlahnya.......ini lah pelajar sekarang, bermain byk....sampai tak ambil peduli urusan diri sendiri....klau zaman dulu, pada waktu begitu dah kira meningkat remaja.....dan sudah pandai mencari rezeki........

Sunday, 17 July 2011

puasa

18/7/2011 (ISNIN)

salam kepada semua pembaca misteri......hari ni bersamaan dengan 16 syaaban.....lagi 14 hari datangnya Ramadhan....betapa gembiranya hatiku.....hari ni aku berpuasa sunat...seorang diri....tanpa di temani isteri....ini semua adalah perkara luar biasa yang terjadi padaku selain bln Ramadhan....Alhamdullah.....

kelas tak banyak....blh berehat sikit.....pagi tadi awal bgnnya....sempat tunduk tahajud kepada Ilahi....memohon doa keampunan,hidayah dan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat......

hari ni aku akan berbuka dengan apa sahaja ada....mak cik kantin membungkus kan makanan kegemaran ku....pulut dengan sardin....free ajer katanya....rezeki orang berpuasa......

kuasa atau nikmat berpuasa.....baru 35 tahun aku merasainya......selama ini aku berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga.....kalau ada pun sedikit amalan tahajud, itu pun sbb nak bgn sahur....tadarus Al-Quran,kadang2 abis,kadang2 abis...

hari ini aku merasakan betapa nikmatnya berpuasa....semua kerja aku blh lakukan....tanpa ada rungutan.....kalau dahulu setiap kali bln puasa aku membayangkan keletihan yang melampau....setiap kali berpuasa,semua kerja terbatas...kerana takut letih.....aku akan menjadi lembik.....dengan kata lain,iman yang terlalu nipis.....

kepada orang2 yang berbuat baik padaku pada hari ini diharap akan mendapat keberkatan yang sama dengan ku....dan orang yang mengata aku atau berbuat jahat padaku semoga mendapat petunjuk dan hidayah......amin......

Wednesday, 13 July 2011

ujian Allah

kepada seluruh alam....aku ingin menyatakan sedikit rasa di hati.....tapi aku pasrah.......pada 5/7/2011 aku telah mendapat jawapan tentang permohonan pinjaman perumahanku....apa yang menyentakhatiku adalah pinjaman tersebut hanya diluluskan sebanyak 85% sahaja dari harga rumah yang akan aku beli.....

rumah ku beli berharga RM 218,600 . pinjaman aku hanya lulus sebanyak RM 186,600 sahaja.....pinjaman yang aku buat ini adalah pinjaman kerajaan....aku tidak paham tentang kemudahan pinjaman perumahan pertama yang di wartakan oleh kerajaan baru2 ini...nampak mavam memberikan perhargaan kepada rakyat yang tidak mempunyai rumah tapi aku tak dapat nak merasakan kegembiraan perdana menteri malaysia yang mengumumkan tentang pinjaman perumahan yang membantu golongan seperti ku.....

sampai bila baru aku boleh memiliki rumahku sendiri? selain dari rumah hakiki yang telah tersedia di mana2....sistem pinjaman perumahan perlu di kaji semula dengan mempunyai pautan dengan semua bahagian pentadbiran perkhidmatan yang mana mengendalikan perkhidmatan seseorang.....

setiap penjawat awam akan naik gaji pada setiap tahun. penjawat awam juga akan ada kenaikan pangkat selama 10 tahun berkhidmat. apabila perkara ini berlaku adalah bermakna gaji setiap penjawat awam akan sentiasa naik....sepatutnya bahagian perumahan kena ada pautan dengan mereka....

akan tetapi aku akan cuba berusaha lagi untuk mendapatkan pinjaman lebih.....mungkin aku di duga oleh Allah....aku pasrah dengan ketentuan Allah....tetapi aku perlu memiliki rumah untuk aku sediakan kepada isteriku....bakal anak2 ku...menempatkan orang2 tuaku nanti....

Ya Allah Ya tuhanku.....berilah aku peluang untuk memiliki rumah dunia yang menjadi tempat untuk aku dan isteri beribadat.....menjalani kehidupan beribadah......tempat berteduh sementara......Ya Allah...ampunkanlah aku atas segala dosa2ku.....Dosa isteriku.....untuk memudahkan nikmat mu dan rahmatmu sampai kepada kami......amin......

Sunday, 10 July 2011

Mencintai Rasullullah S.A.W separuh daripada iman

Daripada Anas berkata: "bersabda Nabi S.A.W": Tidak beriman seseorang itu sehingga dia menjadikan aku lebih di cintai dari kedua ibu-bapanya, anak2nya dan sekalian manusia.

dikeluarkan oleh bukhari

Syarah Hadis


Tidak benarlah seseorang itu pada keimanannya dan tidak menjadi seorang mukmin yg sebenarnya kecuali apabila menjadikan Rasullullah S.A.W lebih di cintai daripada  org yg paling mulia dikalangan manusia disisinya. Dan iman yang sebenarnya yang menjadikan padanya manusia itu  mantap akidah untuk mencapai setinggi2 darjat di sisi Allah Ta'ala dan berhak mendapat keredhaannya ialah mereka yang mendorong untuk mengetahui hak Nabi S.A.W yang paling wajib dan paling kuat keatasnya dari orang yang paling mulia di kalangan manusia keatasnya dan kasih keatasnya seumpama ayahnya, ibunya dan anak2nya.
yang dimaksudkan dengan kasih sayang dalam bentuk keimanan mengikut orang yang dikasihi dan mengikut perintahnya dan menjauhi larangannya, dan tidak dimaksudkan dengannya kasih sayang biasa. dan antara kecintaan seseorang terhadap Nabi S.A.W ialah membantu sunnah yang suci dan mempertahankan syariat yang mulia dan berakhlak dengan akhlak Rasullullah yang mulia.


Pengajaran hadis

1. hadis ini menjelaskan kedudukan Rasullullah S.A.W dan kelebihannya atas semua individu ummah

2. wajib mendahulukan ketaatan ke atas Nabi S.A.W dan berpegang teguh dengan pengajaranya

Wednesday, 6 July 2011

musafir

salam kepada seluruh alam.....

aku kembali setelah hampir sebulan aku tidak datang ke laman ini........dlm tempoh ini,pelbagai peristiwa dan kejadian yg telah berlaku dalam hidup ku....sehingga mengubah sedikit pendirian dan tabiat ku serta mengubah cara hidup ku......Alhamdulillah....syukur kepada tuhan yg menciptakan aku......

perkara yg penting utk aku corekkan disini ialah,aku dan isteriku telah menjadi tetamu istimewa di rumah Allah.....alhamdulillah....subhanallah.....

aku akan corekkan beberapa cerita yg aku rasakan ia nya takkan dapat di negara kita.....utk kita kongsi bersama sebagai pengajaran hidup,dan juga iktibar sebagai bekal kita utk meniti hidup yg sementara ini.....


Alhamdulillah.....pada 30 hb jun 2011 aku dan isteri ku akan bermusafir ke rumah Allah......
subhanallah,maha suci Allah......betapa gembiranya hatiku dan yg paling penting aku dapat mengembirakan hati isteriku......


sebelum aku pergi aku sentiasa melakukan sembahyg sunat taubat...setiap kali sembhyg fardhu akan aku sulami dengan sunat taubat......aku mohon ampun kepada Allah yang maha agung atas segala dosa2 ku.....dosa dengannya.....dengan manusia.......semoga aku di ampunkan.......selain itu aku juga menuanikan solat hajat....supaya perjalananku.....ibadatku.....dan semua berkaitan dengan aku serta isteriku berjalan dengan lancar........

pakej

sebelum ini aku sentiasa disenakkan dengan telinga tentang pakej umrah mana nak pergi ni.....syarikat mana? halal ke haram? blh percaya ke? Ya Allah Ya tuhanku...kau ampunkanlah semua kaum muslimin dan muslimat......setelah aku berjaya pergi, beribadat dan balik dengan sempurna, tenang, tanpa ada gangguan yang besar......aku dapat membuat solusi dengan keyakina penuh kepada Allah.......

solusi

untuk menjadi tetamu Allah tidak perlu memilih mana2 pakej ataupun syarikat mana......yang paling penting ialah niat kita....arab ckp 'nawaitu'.....kalau kita dah memilih satu syarikat yg kita kenali atau pun yang mashur....terus sahaja kita berserah kepada Allah....jgn ada niat lain dlm hati kita......sbb apabila kita berniat hendak kesana....insyaallah setiap niat yang hadir dlm hati kita kan termakbul......belum pijak tanah haram dah termakbul doa kita......

keduanya ialah.....kita sebagai hamba yg hina dina ini jgn lupa utk meminta ampun kepada Allah.......kuatkan sunat taubat.....sunat hajat......mohon kepada ilahi dengan sepenuh hati.....yakin penuh.....sabar.........ilmu yakin ini bkn semua org blh dpat...ia adalah ilham dari Allah.......apabila kereta sudah dilakukan major servis maka secara totalnya kita kan berasa yakin untuk memecut dengan kelajuan yang maksima.....sama juga dengan ini....jika kita dah servis hati.....servis niat....jiwa....akal......insyaallah....keyakinan itu akan terbit  tanpa paksaan.......doa org yg hendak ketanah haram adalah makbul.....insyaallah....hanya dia yang menentukan.....amin....

syarikat

aku pergi dengan sebuah syarikat yang di beri nama Haramain travel& agncy......yg mana kepunyaan seorang haji bernama sharif bin thasin, berketurunan kampar.....tinggal di depan sekolah tempat aku mengajar......dia kenalan ayahku.....seorang yang kuat beribadat.....tokey lembu dan daging di pasar.....kecil....kuat semangat dan berani.......aku memilihnya tanpa ada rasa was was.....

bayangkanlah....sebuah syarikat kecil yg aku rasa tiada pendaftaran dengan kementerian pelancongan.....menumpang dengan sebuah syarikat besar bergelar GHard group.......berpengkalan di kuala lumpur.......aku bermusafir seramai 13 org termasuk mutawif 2 org...seorang lelaki dan seorang perempuan......perjalanan kami lancar tanpa gangguan.....dan halangan yg berat.....aku tidak henti berdoa supaya kami semua mudah dan di permudahkan.......


sri langka



perjalananku transit sebanyak 2 kali......dan paling lama adalah di sri langka.....kami diberikan hotel bertaraf 3 bintang......bernama euro star hotel....boleh la buat tempat berteduh....merehatkan badan dan mandi.......semasa di sana kami di bawa melawat ke sri langka.....yang mana ibu negerinya bernama kelambu city...perjalanannya selama hampir 2 jam.....ingatkan dekat,rupanya jauh yang amat.....dah la penat,bertambah penat......cuma dptla tgk negara org......

apa yg menjadi perhatian ku adalah cara org sini membawa kereta.....masyaallah.....tak da sistem langsung.......penggunaan lampu  signal mcm tak berfungsi......bising dengan bunyi hon kereta,bas dan lori sana sini....bingit......sepanjang perjalanan sentiasa mengecutkan perut......suasana hampir2 excident adalah mainan bagi mereka.....Ya Allah....selamatkanlah perjalanan kami....kami belum lagi memijak tanah haram.....


kami di bawa ke tempat menjual teh....sri langka adalah pengeluar teh.....ceylon teh....


Di sini masih menggunakan khidmat polis berkuda.....sesuatau yang lain dari negara ku.....


Kami di bawa melawat ke beberapa tempat yang menjadi kebanggaan kepada mereka....antara tempat yang kami pergi seperti......mall mereka....pantai gold face.....memorial kemerdekaan mereka....disini semua agama bercampur atas tiket bangsa......agama berbeza tidak mengapa.......


      
Perjalanan yg menambahkan kepenatan yg amat sgt.....teras seluruh sendi ku sengal........sampai semula ke hotel pada jam 8.30 mlm waktu sri langka.....kami  terus ke dewan mkn utk menikmati mkn malam yang kami pun confius sebenarnya samada ianya halal......kerana semuanya bkn islam....Cuma yg menguruskan kami disini adalah org islam yg bernama en jefri.....mengikut katanya, disini makanan halal.....aku hanya mkn nasi dengan sayur shj......bkn apa tak blh nak masuk ke dalam mulutku.....
Ya Allah Ya Tuhanku......selamatkan lah keimanan kami.....selamatkan lah iktikad kami....halalkan lah apa yg kami makan......

Sarjah
Perjalanan seterusnya adalah ke lapangan terbang sarjah....ini lah kali pertama aku mendengar tentang nama tempat sarjah....terpinga-pinga aku...apabila sampai ke sana baru lah aku tau dimana duduknya...lemah sungguh geografi aku ni.....


Di sini kami transit selama hampir 5 jam....jadi kami hanya berlegar di tempat menunggu sahaja...aku cuba mengeluarkan duit di bank sarjah ni....terus penukaran matawang.....aku cuba mengeluarkan duit sebanyak 100 dirham.....disebabkan buta currency maka aku biarkan ianya terjadi.....aku tidak tau pun berapa tukarannya.....aku ke kedai minum berhampiran dengan isteri dan beberapa org ahli rombongan.....membeli air dan roti utk santapan perut....sambil itu aku membelanjakan duit sebanyak 100 dirham......tanpa ku sedari berapa nilaiannya dlm ringgit malaysia.....
Selepas ini kami akan berangkat terus ke madinah....tak sabar rasanya utk merasa perasaan bila memijak bumi madinah al-munawarah......









Tuesday, 19 April 2011

dukacita

buat tatapan yg melihat.....
sudah lama aku tidak memasuki ruangan ini....masa dan keadaan menentukan.....

isnin....18 april 2011

6.45 pagi....aku baru tersedar dari lena yang panjang....apa ujian Allah nak bagi utk ku lambat bagn subuh....aku bergegas bgn utk menyelesaikan fardhu subuh yg wajib utk ku dan semua umat islam....

aku selesai bersiap pada pukul 7.00 pagi....segera aku menghidupkan enjin kereta kembara ku dan terus memecut.....sepanjang perjalanan aku terus berzikir dan berwirid pada Allah...tadi tak sempat.....

7.05 pagi.....aku sudah sampai di kg desa murni....apabila hampir dengan sek men. teknik sanggang temerloh....aku dikejutkan dengan deretan kereta yg byk...aku menjadi kelam kabut kerana baru aku sedari aku tidak membawa dompet.....

apabila aku amati dengan jelas...rupanya ada kemalangan...aku pun lalu ditu....apabila melaluinya...aku dapati baju yg dipakai oleh mangsa tersebut aku kenali....hatiku berdebar2....aku pun terus memberhentikan kereta...dan berlari mendapatkannya...aku lihat beberpa rakan kerjaku berada disitu dan beberapa pelajar sekolah ku yg menaiki motor jugak di situ....baru la ku tahu bahawa anak murid ku terlibat dlm kemalangan.....

aku menghampiri mangsa dan mendapati beliau telah putus nafas di situ...hati ku berkecamuk dan sedih dan terkejut....aku melihat adiknya sedang di angkat oleh anggota penyelamat JPA 3....terima kasih dan tahniah kepada JPA 3 kerana cepat dan bertanggungjawab......abangnya telah menemui ajalnya ditempat kejadian....rakan ku telah menghubungi semua guru dan cuba menghubungi ibu bapa pelajar tersebut yg sedang dlm perjalanan ke tempat kerja masing2....

di sekolah semua pelajar membuat bacaan tahlil dan solat hajat kepada rakan mereka.....
aku terlupa pasal pemandu kereta yg dilanggar....dia seorang metron hospital....dia dlm keadaan ketakutan yang amat sangat....bersa serba salah....dan berbagai perasaan.....dlm hati aku mula kesian kepada semua....keluarga arwah....hilang seorang anak baik dan pandai....pemandu kereta berada dlm keadaan jiwa yg kacau tak tau sampai bila....hidupnya mgkn tak tenteram.......

19 april 2011

pagi ni...semua guru dan pelajar membuat solat hajat dan bacaan tahlil utk keluarga arwah mohamad faiz bin jamaluddin dan adiknya mohamad zakibin jamaluddin....mengikut cerita kawan2 yg pergi melawat....keadaan mohamad zaki bin jamaluddin dalam kedaan stabil...alhamdulillah....semoga Allah memberi rahmat keatasnya dan keluarganya.....

aku pergi ke SBPI...menghantar pelajar ku yg mewakili daerah dlm MTQ 2011........mewakili hafazan daerah temerloh utk latihan berkelompok disitu...semoga dia mendapat johan dlm pertandingan nanti.....

balik ke sekolah semua guru sedang sibuk menyiapkan data HRMIS....mcm2 ragam....hang la....tak boleh bukak la.....mcm2 karenah....maklum la...ramai.....

Sunday, 3 April 2011

Rajuk sang taruna

3 April 2011,12.30 pagi...

Janji seorang taruna utk menulis setiap hari tidak kesampaian....dia semakin malas utk menyambung cerita kehidupannya....waktu sgt mencemburuinya...
Taruna senang sibuk mencari potensi dirinya skrg...apa bidang yg sesuai dengan dirinya dlm umur yg sudah sampai setengah abad ini...masih mencari...setiap apa yg dilakukan tidak menjadi dan tak kena...
Sudah byk waktu telah dibazirkan dlm hidupnya...umur bkn semakin muda,tetapi semakin meningkat...
Mngkn cukup la dengan apa yg telah dilakukan selama ini...kembali kepada kehidupan asalnya...menjadi pembimbing sahaja...bknkah itu lebih mulia...cuma,jiwanya sudah tidak bahagia dengan apa yg dilakukan...hari2 akan membuat perkara yg sama dan byk perkara yg tidak disukainya...kalau 10 perkara dia hanya suka kpd 3 perkara ajer...perkara lain seperti terpaksa...
Semoga dia dirahmati dan diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah...Allah maha mengetahui apa yg patut bg hambanya...

Tuesday, 22 March 2011

travelog kehidupan ku

22/3/11......
esok pagi rutin harian ku, aku akan bangun pagi seawal 5.30 pg. jika tersedar aku akan melakukan solat sunat tahajud,taubat,hajat dan witir.....tetapi jika terlalai oleh musuh Allah,maka akan tersentaplah pukul 7.00 pg....jika terlewat aku akan menghantar sms kepada rakanku utk mempunchcard utk ku.....jadi aku sentiasa berdoa utk bangun awal.....sampai di sekolah aku akan berjumpa rakan-rakan setugasku...mereka merencanakan pelbagai cerita baru yg blh di kongsi bersama setiap hari.......setelah selesai perhimpunan pagi yg rata-rata pelajar dan guru tak suka termasuk ku....aku kan terus ke blk guru atau pun terus ke kantin utk melampiaskan perutku...jika perut berbunyi maka susah nak mengajar......semua guru hampir sama pendapat dengan ku kecuali yg mempunyai kelas awal......terpaksa la......rutin ku ini telah berlanjutan selama hampir 14 tahun dan akan berubah suasana jika bertukar sekolah......


23/03/11.....
hari ini result SPM keluar....semua guru berdebar mengalahkan debaran pelajarnya......semua guru menunggu pengetua kembali ke sekolah dengan result 2010....masing-masing memasang doa untuk subjek masing2....tak ketinggalan untuk aku....aku tidak mengharapkan A....tapi biar semua lulus...itu menurut pandangan ku...kerana kalau A....ada pelajar yg ketinggalan di belakang....kesian dia....biar sama2 dalam semua menda.....

Alhamdullillah.....result yg baik telah diperolehi...ramai pelajar dan penjaga yg menunggu untuk mengambil result mereka....sudh pasti selepas ini akan berlaku pelbagai drama dan lagu....kita tunggu dan lihat.......

100% lulus.....Amin....
11A seramai 2 orang.....
10A seramai 1 orang....
6A keatas seramai 35 orang...
Tahniah kepada semua pelajar dan guru2 yg bertungkus lumus dlm semua ini....semoga mendapat rahmat dari Allah......

terpancar wajah yg ceria dari raut wajah guru2 dan pelajar2.....semasa kekalutan semua guru dan pelajar aku di ajak oleh seorang rakan  menemaninya ke bandar kerana beberapa urusan.......


24/03/11
pagi ni aku membawa isteriku pergi ke hospital temerloh untuk mendapatkan rawatan untuk persediaan prosedur IUI....prosedur ini telah dicadangkan oleh seorang doktor pakar sakit puan setelah kami mendapatkan rawatan hampir 1 setengah tahun.....setelah selesai semua ujian yg dilakukan...aku dan isteriku didapati tiada mempunyai apa2 masalah dari sudut perubatan...oleh itu dia mencadangkan untuk kami membuat IUI untuk mendapatkan anak setelah hampir 4 tahun usia perkahwinan.....

bagiku semua ini tidak menjadi masalah....sekiranya aku dan isteri ditakdirkan tidak mempunyai anak....aku pasrah dengan ketentuannya....mungkin ada hikmah yg lebih besar yg Allah akan bagi untuk ku dan isteri ku....aku tidak kisah apa yg orang nak kata....bagiku semua ini adalah lumrah manusia....tak perlu aku nak marah pada mereka...kerana semua itu adalah ketentuan Allah...jika aku marah pada mereka bermakna aku marah pada tuhanku sendiri....ini sudah melanggar prinsip kesabaran yg diajar oleh Allah dlm Al-Quran.....Nabi Allah Zakaria juga tidak mempunyai anak...sehingga umur beliau sudah tua....sedangkan beliau adalah kekasih Allah.....beliau sabar dan redha dengan ketentuannya....sehingga lanjut usia beliau telah dikurniakan Allah dengan seorang anak.....dan diangkat anak itu menjadi nabi....begitulah ketentuan Allah Yg maha Kaya dan maha besar....aku berharap Allah memberi aku dan isteriku kemuliaan di dunia dan akhirat....amin....

hari ini aku mengajar seperti biasa....masuk ke kelas dan memberi kertas peperiksaan dan bincang tentang jawapanya.....pelajar-pelajar masih memberi perhatian setiap kali aku masuk ke kelas.....Allhamdullillah....
aku di berikan anugerah bakat dalam percakapan...seperti ayahku yg pandai berkata-kata....apabila aku tidak dapat masuk ke kelas kerana urusan lain, biasanya pelajar akan merungut kerana rindu dengan suaraku dan keletahku semasa mengajar.....

25/03/11...
hari ini adalah hari yg mendebarkan bagiku....aku dan isteri akan menjalani prosedur rawatan kehamilan yg di panggil IUI.....temujanjinya pada pukul 2.30 ptg....seawal 2.15 aku telah sampai....klinik pakar masih lagi gelap.....

apabila klinik di buka aku terus menjalankan prosedur yg di sarankan....mengambil sperma dan proses cucian selama satu jam....selepas itu barulah ianya di suntik ke dalam rahim.....semoga Allah memberikan satu nyawa untuk zuriatku yang soleh dan solehah....

selepas rawatan aku ke bandar untuk melunaskan hutang kereta....orang ramai di bank....berbaris mcm ular kenyang ada....ular lapar ada....he hehehehe....situasi selepas gaji....setiap bulan begini....setelah selesai urusan ku aku memanjakan diri isteriku.....nak makan Pizza.............tak beli...tapi telefon ajer...mkn di rumah....mgkn dia berasa tak sedap badan setelah prosedur dilakukan kepadanya....hanya tuan badan yang tau apa rasanya....

Monday, 21 March 2011

hadis yg dikeluarkan oleh bukhari

Daripada Abdullah bin Umar R.A. daripada Nabi S.A.W bersabda: org islam itu adalah org yg menyelamatkan org islam yg lain daripada lidah dan tanganya dan berhijrah itu adalah hijrah dari apa-apa yg di larang oleh Allah.

Assalammualaikum.....

kepada semua bloggers....diharap dapatla kiranya aku menjadi salah seorang rakan anda untuk berkongsi pendapat dan pandangan dalam semua hal.....perbincangan secara ilmiah dan logik adalah diharapkan....semoga kita menjadi orang yang bijak di pentas kita sendiri....