Monday 6 February 2012

Maulidurrasul

selawat dan salam untuk junjugan Nabi Muhamad SAW

12 Rabiul awal baru sahaja berlalu,dimana seluruh umat Islam menyabut hari kelahiran junjungan besar Nabi kita Muhamad manusia terunggul dan kekasih Allah. sempena dengan maulid Nabi ini apa yang diharapkan semua umat Islam mendekatkan diri kepada Allah dan mengasihi Nabi Muhamad lebih dari segalanya,seperti dlm hadisnya yang berbunyi:

"tidak beriman seorang dari kamu sehingga menjadikan aku lebih dicintai daripada Ibu-bapa, anak-anak dan manusia seluruhnya"

hadis riwayat bukhari

Mampukah kita menjadikan Nabi lebih dicintai daripada ibu bapa,anak-anak dan manusia seluruhnya?

Jawapan hanya ada pada iman seseorang dan bagaimana keadaan kehidupan kita seharian. bagaimana hendak mencintai Nabi sedang beliau sudah tiada?

Cara-cara untuk mencintai Nabi:

1. Membantu dan mengamalkan sunnahnya yang suci. setiap umat Islam hendaklah mengamalkan cara hidup Nabi. menjadikan sunnah beliau sebagai cara hidup dan pegangan hidup seharian. tidak memperlekehkannya, tidak mengamalkan sebahagiannya sahaja,sebahagian ditinggalkan atas dasar kepentingan peribadi. ini adalah jauh menyimpang daripada apa yang sepatutnya.

2. Membantu syiar Islam yang telah ditegakkan oleh Nabi semasa hayatnya. umat Islam harus menyebarkan syiar Islam yang telah dibawa oleh Nabi kita sebagai tuntutan masyarakat dan negara. pastikan ia berjalan dengan baik dan  di jaga dengan rapi.

3. Mengamalkan akhlak Nabi. menjadikan akhlak Nabi sebagai cara hidup manusia. Akhlak Nabi boleh dijadikan perisai bagi umat Islam,dimana kerana akhlak Nabi lah ramai yang memeluk Islam dan sanggup mati kerananya. Allah menjadikan akhlak Nabi sebaik-baik akhlak.

Dengan hanya 3 perkara ini sahaja,tetapi bukan perkara mudah untuk dilakukan oleh kita semua. oleh itu berusahalah untuk mencapai makam yang paling tinggi sebagai umat Nabi Muhamad. menjadikannya sebagai idola hidup berbanding menjadikan artis-artis dan pemimpim dunia yang zalim lagi kejam. 

sentiasa lah bersalawat kepadanya sebagai tanda kita menyayanginya, dan sebagai tiket untuk mendapat shafaat darinya. kerana salah satu perkara yang Allah bagi kepada Nabi Muhamad yang mana tiada pada Nabi as-sabiqah ialah shafaatnya,dimana dengan shafaat tersebut akan menyelamatkan kita dari terbakar oleh api neraka.
 waallahu 'alam.......

No comments:

Post a Comment